About Us

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله رحمة للعالمين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

          Pembaca yang semoga dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, Alhamdulillah di zaman yang serba canggih ini kaum Muslimin dapat dengan mudah untuk mempelajari agama Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini merupakan kurniaan dan nikmat bagi kita semua, dan kita wajib mensyukuri segala nikmat tersebut.

Sebagai bentuk syukur kami kepada Allah, kami berusaha ingin turut serta mendakwahkan agama Allah yang bersumberkan dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman Salafusoleh melalui media internet ini, dengan harapan apa yang kami usahakan ini tercatat sebagai amalan soleh di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

          Laman sesawang (website) www.thoriqussalaf.com ini adalah laman sesawang rasmi Majmu’ah Thoriqus Salaf  (مجموعة طريق السلف). Laman sesawang ini kami hadirkan untuk memudahkan kaum Muslimin secara umum dan Salafiyin secara khusus di Malaysia mahupun di Indonesia untuk mengambil faedah ilmiah dari para Ulama dan Asatidzah Ahlus Sunnah yang kami kongsikan di WhatsApp dan Telegram Majmu’ah Thoriqus Salaf ( http://telegram.me/thoriqussalaf ).

          Alhamdulillah, dalam pengelolaan Majmu’ah Thoriqus Salaf ini, kami senantiasa berhubungan dan meminta bimbingan daripada para asatidzah Salafiyin, antara lainnya adalah al-Ustadz Usamah Mahri, al-Ustadz Luqman Ba’abduh, al-Ustadz Qomar as-Su’aidi, al-Ustadz Abdush Shomad Bawazer, al-Ustadz Muhammad as-Sewed, al-Ustadz Ahmad Alfian, al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi dan yang lainnya hafizhahumullah.

Akhirnya dengan memohon pertolongan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar membimbing kami dan mengurniakan keikhlasan dalam melakukan amalan ini. Mudah-mudahan laman sesawang yang sederhana ini bermanfaat untuk kaum Muslimin.

Kami mengalu-alukan kepada para pengunjung untuk menyebarkan segala faedah ilmiah yang ada di sini dengan mensertakan sumber asalnya. Barakallahu fiikum.

Jazaakumullahu khaira atas kunjungannya.

وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Majmu’ah Thoriqus Salaf
1436H / 2015M