28
Oct
2015

Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu (Bahagian 5)

📜🍃📜🍃📜🍃📜🍃📜

🔗 Silsilah 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu

❗Rintangan ke-5⃣: Tidak Bertahap Dalam Menuntut Ilmu

📕 Allah berfirman, “Al-Qur’an itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Al-Isro’: 106)

Ibnul Jauzi berkata, “Telah diketahui umur itu pendek dan ilmu itu banyak, maka dia (seorang penuntut ilmu) memulai dengan Al-Qur’an dan menghafalnya, melihat kepada tafsirnya dengan pandangan yang pertengahan, dengan hal itu tidak akan tersembunyi darinya sedikitpun.

Jika telah benar baginya salah satu dari qiro’ah sab’ah, sesuatu dari nahwu dan kitab bahasa, dan dia telah memulai dengan dasar-dasar kitab dari sisi penukilan seperti kitab-kitab sahih, musnad, sunan, dan dari sisi ilmu hadits, seperti mengetahui perawi-perawi dhaif dan nama-nama, maka hendaklah dia melihat kepada dasar-dasar hal itu.

Para ulama telah membuat tahap-tahap dari hal itu, sehingga seorang penuntut ilmu akan terhindar dari kepenatan dengannya.

Kemudian dia hendaklah memulai dalam ilmu tarikh (sejarah), agar dia mengetahui perkara-perkara yang ia perlukan, seperti nasab Rasulullah, kerabat-kerabat baginda, isteri-isteri baginda, dan yang berhubungan dengan baginda.

Kemudian hendaknya dia menetapi ilmu fiqh, maka hendaklah dia melihat pada suatu mazhab dan (ikhtilaf) perselisihan, agar sandarannya dalam permasalahan-permasalahan ikhtilaf, maka hendaknya dia melihat dalam masalah itu dan apa yang dikandung olehnya, kemudian mencarinya dari sumber-sumbernya, seperti tafsir ayat, hadits, dan kata-kata bahasa arab.

Kemudian dia menyibukkan diri dengan usul fiqh, dan faraidh. Dan hendaklah dia mengetahui bahawa perputaran ilmu-ilmu itu pada ilmu fiqh.” (Shoidul Khotir, hlm. 169)

Syaikh ‘Abdussalam berkata, “Maka awal ilmu adalah menghafal kitabullah dan memahaminya. Dan setiap yang membantu dalam memahaminya, maka wajib untuk mempelajarinya. Aku tidak berkata, “Sesungguhnya menghafalnya secara keseluruhan adalah satu fardhu”. Akan tetapi aku berkata, “SESUNGGUHNYA HAL ITU WAJIB DAN MESTI BAGI ORANG YANG INGIN MENJADI SEORANG ULAMA, DAN BUKAN TERMASUK MASALAH FARDHU”.”

Adz-Dzahabi beliau menempatkan manusia sesuai kedudukkannya, beliau berkata,

“Jenis ke-: Barangsiapa yang mencapai tahap ijtihad, dan hal itu dipersaksikan oleh beberapa imam, maka dia tidak boleh taqlid.

Jenis Ke-: Begitu juga seorang yang punya fiqh (pemahaman) yang pemula (asas), dan orang awam yang menghafal Al-Qur’an atau sebahagian banyak darinya tidak boleh untuk berijtihad selamanya. Bagaimana dia akan berijtihad, apa yang akan ia katakan? Di atas apa ia bangun ijtihadnya? Bagaimana dia akan terbang padahal dia belum punya bulu sayap?

Jenis Ke-: Seorang yang punya pemahaman yang tinggi, yang waspada, yang cepat faham, seorang muhaddits, yang telah menghafal satu ringkasan dalam perkara furu’ (cabang), dan menghafal satu kitab dalam kaedah kaedah usul, telah belajar nahwu, bersekutu dalam keutamaan-keutamaan, dengan dia hafal kitabullah, dia sibuk dengan tafsirnya, kuat penelitiannya, maka ini adalah tahap orang-orang yang mencapai ijtihad muqoyyad, dia ahli dalam melihat dalil-dalil para ulama. Maka bila pun jelas al-haq dalam satu permasalahan dan nas dalam masalah itu tsabit, dan hal itu diamalkan oleh salah satu imam yang dikenal.” (As-Siyar, 18/191)

📂 (Faedah dari Kitab 10 Rintangan Dalam Menuntut Ilmu, karya Syaikh ‘Abdussalam bin Barjas, diterbitkan Pustaka Al Haura’, diterjemahkan Abu Muhammad Ibnu Hamzah)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

You may also like

Orang Yang Paling Cerdas
Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)