28
Oct
2015

Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 3)

🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿

🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 3)

📚 Bab 2⃣:
Ayat (Al-Qur’an) & Hadits Tentang Perintah Mengikuti As-Sunnah serta Menjauhi Bid’ah & Maksiat – (Bahagian 2⃣)

☝Telah ada dalam sunnah Rasulullah sejumlah hadits yang menunjukkan dorongan untuk mengikuti sunnah-sunnah dan menjauhi kebid’ahan serta penjelasan bahayanya. Di antaranya:

📕”Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami (agama), yang tidak menjadi bahagian darinya maka perkara itu tertolak.” (HR Bukhari)

📕”Barangsiapa mengamalkan suatu amalan yang tidak termasuk urusan kami (tidak ada contoh dari kami), maka amalan itu tertolak.” (HR Muslim)

☝ Riwayat Muslim ini lebih mencakup daripada riwayat-riwayat selainnya kerana mencakup orang yang mengada-adakan bid’ah dan orang yang mengikuti pihak yang mengada-adakan. Hadits diatas menjadi salah satu dalil untuk salah satu dari dua syarat diterimanya amalan. Iaitu mengikuti Rasulullah. Kerana setiap amalan yang digunakan untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah tidak akan diterima di sisiNya kecuali apabila terdapat padanya dua syarat:

1⃣ Memurnikan keikhlasan untuk Allah semata, dan hal ini adalah kesan dari syahadah Laa ilaaha illallah.

2⃣ Memurnikan mutaba’ah (sikap mengikuti) hanya kepada Rasulullah. Ini adalah kesan dari syahadah Muhammad Rasulullah.

💎 Al-Fudhail bin Iyadh, sebagaimana dibawakan dalam Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (18/250), ketika menafsirkan firmanNya:

“…agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (Hud: 7)

(Al-Fudhail bin Iyadh berkata), “Iaitu yang paling ikhlas dan paling benar. Kerana amalan apabila ikhlas tetapi tidak benar maka tidak akan diterima, dan apabila benar tapi tidak ikhlas, maka tidak akan diterima, hingga amalan itu menjadi ikhlas dan benar. Sedangkan ikhlas adalah hendaklah amalan itu dilakukan kerana Allah, sedangkan benar apabila amalan itu di atas Sunnah.”

💎 Ibnu Katsir asy-Syafi’i berkata dalam tafsirnya ketika menafsirkan firman Allah:

📖 “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabbnya.” (Al-Kahfi: 110)

💎 Beliau (Ibnu Katsir) berkata, “Iaitu amalan yang sesuai dengan syariat Allah dan iaitu amalan yang dimaksudkan dengannya untuk wajah Allah semata, tidak ada sekutu bagiNya. Kedua hal ini adalah dua rukun untuk sesuatu amalan itu diterima. Amalan yang diterima Allah adalah yang ikhlas untukNya dan benar (sama) dengan syariat Rasulullah.”

📕Dari Jarir bin Abdillah bahawa Rasulullah apabila baginda berkhutbah pada hari Jumaat, maka baginda bersabda, “Amma ba’d, Sesungguhnya sebaik-baik perbicaraan adalah Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Muslim)

📕”Barangsiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan dari golonganku.” (HR Bukhari)

📕”Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku meninggalkan kalian suatu perkara yang apabila kalian berpegang dengannya maka kalian tidak akan sesat selama-lamanya, Kitabullah dan Sunnah NabiNya.” (HR Al-Hakim, 1/93)

📕”Setiap umatku akan masuk jannah kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah siapa yang enggan?”. Baginda bersabda, “Barangsiapa yang menaatiku maka ia akan masuk jannah, dan barangsiapa yang memaksiatiku maka ia telah enggan”.” (HR Bukhari)

📕”Tidaklah beriman salah seorang dari kalian, hingga hawa nafsunya mengikuti (mematuhi) perkara yang aku bawa.” (HR al-Baihaqi, an-Nawawi asy-Syafi’i mensahihkannya dalam al-Arba’in)

📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

You may also like

Orang Yang Paling Cerdas
Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)