28
Oct
2015

Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 7)

🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿

🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 7)

📚 Bab 4⃣:
Bid’ah Adalah Kesesatan & Tidak Ada Istilah Bid’ah Hasanah (Bahagian 2⃣ – Akhir Bab Ini)

☝Adapun pengumpulan manusia yang dilakukan oleh Umar dalam solat tarawih pada satu imam yang mengimami mereka (melakukan secara berjamaah), maka yang demikian ini termasuk dalam usaha menampakkan dan menghidupkan kembali sunnah. Kerana Nabi pernah mengimami kaum muslimin pada sebahagian malam ketika melaksanakan qiyamu Ramadhan (menghidupkan malam Ramadhan dengan solat tarawih). Baginda tidak melaksanakannya secara terus menerus kerana khawatir hal itu akan diwajibkan bagi umatnya. Hal ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1129).

✅ Ketika Rasulullah telah wafat, serta hilang pula penyebab diwajibkannya dengan terputusnya wahyu, maka yang masih berlaku adalah hukum istihbab (sunnah, tidak wajib). Oleh kerana itu Umar mengumpulkan kembali orang-orang ketika solat tarawih (dengan satu imam).

❗Adapun pernyataan Umar tentang solat tarawih (secara berjamaah) yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (2010),

📕”Sebaik-baik bid’ah adalah ini.”

✅ Maka yang dimaksudkan adalah bid’ah secara bahasa (iaitu sesuatu yang sebelumnya tidak dilakukan), bukan bid’ah secara syariat (kerana Umar Al-Khattab tidak mengada-adakannya, tetapi beliau menghidupkan kembali sunnah Rasulullah yang pada masa Abu Bakar tidak dilaksanakan secara berjamaah).

📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚

You may also like

Orang Yang Paling Cerdas
Penjelasan Para Ulama 4 Madzhab Mengenai Agama Syiah
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 8 – Akhir)
Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 7)