30
Oct
2015

Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 5)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

🔗 Silsilah Tata Cara Solat (Bahagian 5)

◼ RAKAAT KEDUA

1⃣2⃣ Pada Rakaat Kedua Mengerjakan Sebagaimana Pada Rakaat Pertama, Namun Tidak Membaca Doa Istiftah

1⃣3⃣ Apabila Selesai Dari Rakaat Kedua

Maka kemudian duduk untuk tasyahhud awal dengan posisi duduk iftirasy, meletakkan tangan kanan di atas paha kanan, dengan menggenggamkan jari manis dan jari kelingking serta melingkarkan jari tengah dengan ibu jari, dan mengisyaratkan jari telunjuk ke arah kiblat. Sedangkan tangan kiri diletakkan di atas paha atau lutut kiri.

1⃣4⃣ Membaca Doa Tasyahhud Awal

Tasyahhud awal hukumnya adalah wajib. Beragam pula bacaan tasyahhud, di antaranya tasyahhud yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud:

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ

السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَِ

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

“Segala penghormatan hanya bagi Allah, (amalan) shalat dan kebaikkan untukNya, semoga keselamatan, rahmat dan barakahNya atasmu wahai Nabi, keselamatan atas kami dan hamba-hamba Allah yang shalih, aku bersaksi tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya.” (HR Bukhari & Muslim)

Bersambung insyaAllah.

📩 (Buletin Saku Al Ilmu, Edisi 8/1434H/2013M)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com

You may also like

Zikir Pagi & Petang (Bahagian 1)
Keutamaan Meluruskan Saf
Cara Meluruskan Saf
Kewajipan Imam Agar Sentiasa Memperhatikan Saf-Saf Makmum