25
Jan
2016

Bahaya Iran Rafidhah Terhadap Islam & Kaum Muslimin (1/3)

🇮🇷💥 BAHAYA IRAN RAFIDHAH TERHADAP ISLAM DAN KAUM MUSLIMIN (1/3)
(Versi Bahasa Malaysia 🇲🇾)

Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah
………………………………………….

Surat khabar “asy-Syarqul Ausath” edisi no 13561, hari Khamis, 4 Rabi’ul Akhir 1437H, menyiar berita yang sebahagian isinya sebagai berikut:
🇮🇷 “Pemimpin Garda Revolusi menegaskan kesiapan sekitar 200 ribu pasukan siap tempur di Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan, dan Pakistan, kerana menganggap bahawa pergerakkan kelompok di wilayah Timur Tengah pada beberapa tahun terakhir sangat positif, berdasarkan yang dipaparkan oleh pejabat berita Negara Iran, Mehr News Agency. Ja’fary (salah satu kelompok Syiah) mengatakan bahawa dia akan memotivasi generasi ketiga dari revolusi untuk mendukung Waliyul Faqih dan Republik Islam Iran. Seraya dia menggambarkan betapa pentingnya kehadiran para pemuda Iran di pertempuran-pertempuran Syria, Iraq, dan Yaman.”
……………………………

Saya (Rabi’ al-Madkhali) katakan:
Wahai kaum Muslimin di Dunia Islam, WASPADAILAH BAHAYA BESAR, waspadalah terhadap APA YANG SEDANG DIATUR oleh Iran dan RENCANA BESAR mereka untuk
💣🔋 MENGHANCURKAN dan MELENYAPKAN Islam dan kaum Muslimin.
Kerana sedemikian kuatnya permusuhan mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin.

🔑 Allah Ta’ala berfirman tentang Yahudi:
﴿لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا﴾[المائدة: 82].
“Engkau benar-benar akan menjumpai orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Maidah: 82)

Seorang muslim tidak ragu lagi akan kerasnya permusuhan Yahudi dan kaum musyrikin terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah dan para rasul-Nya. Juga tidak diragukan bahawa Yahudi memiliki berbagai cita-cita, tetapi itu merupakan cita-cita yang terbatas pada tanah-tanah kaum Muslimin mulai dari sungai Nil hingga sungai Furat (Efrat), dan mereka tidak bermaksud menyebarkan agama Yahudi.
🇮🇷💣 Sementara permusuhan Rafidhah (Syiah) terhadap kaum Muslimin menyatukan permusuhan Yahudi dan kaum musyrikin, dan cita-cita mereka LEBIH LUAS dibandingkan cita-cita Yahudi, kerana mereka merencanakan untuk
🌋 menguasai dunia Islam seluruhnya, dan
📛 merubah umat Islam menjadi Rafidhah, musuh-musuh Allah Azza wa Jalla, Rasul-Nya shallallahu alaihi was sallam, para Sahabat beliau ridhwanullahi alaihim, dan musuh siapa saja dari orang-orang yang beriman yang mengikuti mereka hingga hari ini.

💊🔍 Sesungguhnya Rafidhah memiliki berbagai akidah yang penuh kekufuran yang tidak didapati pada Yahudi dan Nashara, di antaranya:

1⃣ Meyakini bahawa para imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan turut mengatur alam dalam setiap atomnya. Keyakinan seperti ini LEBIH KAFIR dibandingkan dengan kekafiran Yahudi dan Nashara.

2⃣ Meyakini bahawa para imam mereka memiliki hak untuk menetapkan syari’at dan membuat kedustaan terhadap mereka, iaitu berbagai penetapan syari’at yang penuh dengan kekafiran yang tidak mampu dipikul oleh bumi dan langit.
🔥 Jadi mereka mensyari’atkan berbagai kekafiran dan mereka sandarkan kepada Ahli Bayt Nabi shallallahu alaihi was sallam –Allah melepaskan dan membersihkan Ahli Bayt dari itu semua — kerana mereka beriman bahawa Rasulullah Muhammad shallallahu alaihi was sallam adalah penutup para nabi dan risalah beliau sempurna. Allah Ta’ala berfirman (artinya) :
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kalian untu kalian dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian, dan Aku ridha Islam sebagai agama untuk kalian.” (QS. Al-Maidah: 3)

Juga kerana mereka beriman dengan firman Allah Ta’ala:
ﺃَﻡْ ﻟَﻬُﻢْ ﺷُﺮَﻛَﺎﺀُ ﺷَﺮَﻋُﻮﺍ ﻟَﻬُﻢ ﻣِّﻦَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺄْﺫَﻥ ﺑِﻪِ ﺍﻟﻠَّﻪ.
“Apakah mereka memiliki sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka dari agama ini yang hal itu merupakan perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.” (QS. Asy-Syura: 21)

(Bersambung)

🌐 http://www.sahab.net/forums/index.php?showtopic=156873

••••••••••••••••••••
🌠📝📡 Majmu’ah Manhajul Anbiya
📟 Channel Telegram https://bit.ly/ManhajulAnbiya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf