25
Jan
2016

Beriman Kepada Nabi & Rasul (Akhir)

🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳
BERIMAN KEPADA NABI & RASUL (5️⃣ ʙʜɢɴ. ᴀᴋʜɪʀ)

📜 Beriman Kepada Nabi Muhammad ﷺ

➖ Nabi Muhammad ﷺ adalah Rasul terbesar dan paling mulia. Demikian pula agama yang dibawa oleh beliau ﷺ adalah agama terbesar dan termulia. Diutusnya beliau merupakan rahmat bagi semesta alam dan nikmat terbesar bagi kaum mukminin.
Allah ﷻ menjadikan beliau dan agama beliau menang diatas semua agama.

Allah ﷻ berfirman :

❝Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa al-Huda dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.❞
۝ (ǫs. ᴀʟ-ғᴀᴛʜ : 28)

Hakikat beriman kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah :
• Membenarkan
• Menta’ati
• Mengikuti syari’at beliau ﷺ .

Maka siapapun yang mengaku beriman dan mengikuti agama seorang Nabi sebelumnya, namun tidak mahu beriman dan mengikuti agama Nabi Muhammad ﷺ, maka dia telah kafir.

☝🏼️ Demikian pula termasuk iman kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah meyakini bahawa beliau adalah penutup para Nabi dan Rasul.

Rasulullah ﷺ bersabda :
❝Sesungguhnya kerasulan dan kenabian telah terputus. Maka tidak ada Rasul setelahku dan tidak ada pula Nabi setelahku.❞
📂 (ʜʀ. ᴀᴛ-ᴛɪʀᴍɪᴅᴢɪ : 2272, ᴀʜᴍᴀᴅ : 3/267)

☝🏼️‼️ Maka sesiapapun yang meyakini bahawa masih ADA Nabi atau Rasul SETELAH Nabi Muhammad ﷺ, maka dia telah KAFIR, meskipun dia mengimani kenabian Nabi Muhammad ﷺ.

و الله أعلم بالصواب

Selesai …🖋

📝 Disalin dari Buletin Saku Al-Ilmu, Edisi 18/1435H/2014M

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳