31
Jan
2016

Beriman Kepada Allah (Bahagian 1)

☝🏼️☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼
BERIMAN KEPADA ALLAH (1️⃣)

➖ Suatu hari di zaman Rasulullah ﷺ, pernah terjadi perbincangan dan dialog antara Nabi dengan malaikat Jibril عليه السلام . Ketika itu malaikat Jibril عليه السلام banyak menanyakan kepada Rasul permasalahan-permasalahan agama.

Salah 1 pertanyaannya adalah pertanyaan berkaitan dengan iman ❝jelaskan kepadaku tentang iman !❞

Rasulullah ﷺ menjawab :
❝(iman itu adalah) engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir serta engkau beriman dengan takdir Allah yang baik mahupun yang buruk.❞
📂 (ʜʀ. ᴍᴜsʟɪᴍ)

Dalam hadith ini, Rasul ﷺ menyatakan bahawa iman itu ada 6 hal, sebagaimana yang beliau sampaikan diatas. Namun di hadith yang lain Rasulullah ﷺ menyatakan tentang iman;
❝Iman itu berjumlah 27 sekian cabang. Yang paling afdhal adalah ucapan لا إلــه إلا الله dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan, sementara rasa malu juga termasuk cabang keimanan.❞
📂 (ʜʀ. ᴍᴜsʟɪᴍ)

❓ Lalu apakah disini terjadi pertentangan?
👉🏼 Jawabnya TIDAK, kerana yang dimaksudkan iman pada hadith Jibril itu bermakna AKIDAH, iaini sesuatu yang diyakini seseorang dengan keyakinan yang kuat dalam hati dan relung jiwanya, sedangkan iman yang berjumlah 27 sekian cabang itu bermakna amalan.
Oleh kerana itu, Allah menamakan solat dengan iman;

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ

❝Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan iman kalian❞
۝ (ǫs. ᴀʟ-ʙᴀǫᴀʀᴀʜ : 143). Iaini solat kalian.

🔍 Dari penjelasan ini, kita mengetahui bahawa akidah islam itu memiliki 6 dasar yang kemudian 6 dasar ini kerap dan acap kali kita dengar dengan sebutan Rukun Iman.

🎙Maka pada pembahasan kali ini, kita akan mengupas sedikit dasar dan Rukun Iman yang pertama dan paling utama, iaitu beriman kepada Allah.

📮(bersambung, إن شــاء الله )

📝 Disalin dari Buletin Saku Al-Ilmu, Edisi 15/1435H/2014M

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

☝🏼️☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼