10
Mar
2016

Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 10)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 10)

📚 Kaedah Ketiga (Bag. 3)

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Dan dalil tentang (adanya peribadatan kepada) Malaikat(i) adalah firman Allah ta’ala:

“Dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan malaikat dan para Nabi sebagai tuhan.” (Ali-‘Imran: 80)

Dan dalil tentang (diibadahinya) para Nabi(ii) adalah firman Allah ta’ala:

“Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang yang diibadahi selain Allah?”. Isa menjawab, “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentunya Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib”.” (Al-Maaidah: 116)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Menunjukkan bahawa terdapat orang-orang yang beribadah kepada malaikat dan para Nabi, dan yang demikian ini termasuk kesyirikkan.

‼Dan orang yang beribadah kepada kubur pada hari ini mengatakan, orang-orang yang beribadah kepada para malaikat dan para Nabi serta orang-orang soleh tidak boleh dikafirkan.”

(ii) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Kalimah ini menunjukkan bahawa peribadatan kepada para Nabi itu adalah kesyirikkan sama seperti peribadatan kepada patung-patung.

❌Dalam kalimah ini terdapat bantahan bagi orang-orang yang membezakan antara perkara tersebut dengan orang-orang yang beribadah kepada kuburan. Demikian pula terdapat bantahan bagi mereka yang mengatakan, bahawa kesyirikkan itu adalah peribadatan kepada patung saja. Tidak sama menurut mereka antara orang-orang yang beribadah kepada patung dengan orang-orang yang beribadah kepada para wali atau seorang yang soleh. Mereka mengingkari adanya persamaan antara keduanya, dan mereka menyangka bahawa kesyirikkan itu hanya sebatas pada peribadatan kepada patung saja.

☝🏼Ini termasuk kesalahan yang sangat jelas ditinjau dari dua sisi:

➡Sisi Pertama: Bahawa Allah ta’ala di dalam Al-Qur’an mengingkari semua bentuk kesyirikkan dan memerintahkan untuk memerangi mereka semua.

➡Sisi Kedua: Bahawa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak membeza-bezakan antara orang yang beribadah kepada patung dengan orang yang beribadah kepada malaikat atau kepada orang-orang soleh.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf