17
May
2016

Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 2)

🔗 Silsilah Fikih Puasa Lengkap (Bahagian 2)

📚 Bab 2⃣: Syarat-Syarat Wajibnya Berpuasa Ramadhan
🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹
💎 Al-Imam as-Si’di berkata, “Berpuasa Ramadhan wajib atas setiap muslim, yang telah baligh, berakal dan mampu untuk berpuasa…”
🔹🔹🔹🔹🔷🔹🔹🔹🔹

🔘 Syarat Ke-1⃣: Muslim
🔹Syarat utama diwajibkannya berpuasa Ramadhan atas seseorang adalah berstatus muslim. Seorang yang kafir tidak diwajibkan berpuasa dan tidak sah melakukannya.

📖 “Tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima infak-infak mereka selain kerana mereka kafir kepada Allah dan RasulNya. Tidaklah mereka mengerjakan solat melainkan dalam keadaan malas dan tidak (pula) mereka menginfakkan (harta mereka) melainkan dengan rasa enggan.” (At-Taubah: 54)

🔘 Syarat Ke-2⃣: Baligh
🔹Syarat kedua diwajibkannya berpuasa Ramadhan atas seseorang adalah berusia baligh. Tidak ada ketentuan pembebanan syariat terhadap anak kecil yang belum baligh.

📕Dari Aisyah, Rasulullah bersabda, “Pena (pencatat amalan) diangkat dari tiga golongan; dari orang yang tidur hingga dia terbangun, dari anak kecil hingga dia dewasa (baligh), dari orang gila hingga dia berakal (sedar).” (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, dan dinyatakan shahih oleh al-Hakim & al-Albani)

🔹Usia baligh pada seseorang anak boleh diketahui dengan melihat salah satu dari tanda-tanda berikut:
1⃣: Berusia genap lima belas tahun (menurut hitungan tahun Hijriah).
2⃣: Tumbuh rambut di sekitar kemaluan (meskipun usianya belum genap lima belas tahun).
3⃣: Keluar air mani kerana syahwat (meskipun usianya belum lima belas tahun), baik keluar kerana mimpi basah mahupun dalam keadaan terjaga.
4⃣: Mengalami haidh (meskipun belum berusia lima belas tahun), dan tanda ini khusus pada anak perempuan.
(Asy-Syarh al-Mumti’ 6/333, al-Imam Ibnu Utsaimin)

🔘 Syarat Ke-3⃣: Berakal
🔹Syarat ketiga diwajibkannya berpuasa Ramadhan atas seseorang adalah berakal. Tidak ada ketentuan pembebanan syariat terhadap orang yang tidak berakal. Hal ini berdasarkan hadits Aisyah di atas.

📂 (Faedah dari Kitab Manhajus Salikin wa Taudhih al-Fiqhi fid-Din -Kitab ash-Shiyam-, karya Al-Imam Abdurrahman as-Si’di, disyarah al-Ustadz Muhammad as-Sarbini, diterbitkan Oase Media)

Bersambung insyaAllah.

📚 II مجموعة طريق السلف II 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf