15
Jun
2016

Siapakah Al-Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani?

🌹🌼🌸🌿Siapakah Al-Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani?

❓Imam Rabi’ bin Hadi al-Madkhali ditanya, “Apakah Syaikh al-Albani adalah pemimpin ahlil hadits di zaman ini?”

✅ Jawab al-Allamah al-Muhadits Rabi’ bin Hadi Umar al-Madkhali -semoga Allah angkat kemulian beliau di dunia dan akhirat-, “Demi Allah itulah yang diakui oleh Syaikh Ibn Baz dan Ibn Utsaymin serta ulama lain yang sezaman dengan beliau, ketika mereka ditanya tentang pertanyaan yang sama maka jawaban mereka bahawa dalam hadits beliau tidak ada yang menyaingi (dalam khidmatnya), tidak tersaingi sama sekali bahkan dari abad-abad sebelumnya tidak ada yang mencapai pada apa yang dicapai oleh Syaikh al-Albani, bahkan aku sendiri berpendapat bahawa dalam ittila’ (membahas dan mempelajari hadits), beliau tidak tersaingi bahkan oleh Ibnu Taymiyah mahu pun Ibnu Hajar dalam ittila’. Mungkin dalam hafalan mereka banyak yang hafal lebih dari beliau, akan tetapi dalam ittila’, membahas dan serius serta bersungguh-sungguh dalam membahas hadits maka beliau tidak ada tandingannya.

☝🏼Beliau telah persembahkan untuk perpustakaan Islam karya-karya beliau yang itu tidak mampu dipersembahkan oleh negara atau yayasan dan organisai besar, dan siapa pun yang menulis hadits sekarang pastilah kembali kepada beliau. Sayang, orang-orang Arab telah menzalimi beliau dan tidak mengenali keutamaannya.

☝🏼Beliau adalah seseorang yang Allah datangkan dari tengah benua Eropa lalu Allah letakkan di perpustakaan Dzohiriyyah yang merupakan perpustakaan terbaik di belahan timur. Beliau duduk di dalamnya selama enam puluh tahun untuk mempersembahkan semua karya besar ini.

❗Namun apa yang beliau jumpai dari kita? Sungguh sayang, memang tidaklah mengetahui keutamaan bagi pemiliknya kecuali orang yang juga memiliki keutamaan. Oleh sebab itu ulama mengetahui dan mengakui keutamaan beliau, seperti Ibn Baz, Ibn Utsaymin dan selain mereka berdua dari para ulama Islam di India, di Pakistan, dan Arab Barat (Moroko, Libya dan Jazair). Semuanya mengakui keutamaannya serta apa yang telah beliau persembahkan untuk umat baik dalam akidah, manhaj mahu pun khidmah kepada Sunnah Nabi.

🌹Semoga Allah rahmati beliau dan Allah balas dengan balasan terbaik sebagaimana Allah balas orang yang beramal. Begitu pula semoga Allah balas setiap orang yang berkhidmat kepada Sunnah Nabi dan agamaNya, naam.” (Majlis 26/01/1426)

✅ Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali berkata, “Syaikh al-Albani telah melebihi al-Hafidz Ibnu Hajar dalam khidmat untuk Sunnah, baik pensahihan atau pendhaifan (hadits).”

رحمه الله رحمة واسعة وأسكنه فسيح جناته

📂 (Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf