4
Sep
2016

Silsilah Ringkasan Tuntunan Praktis Ibadah Qurban (Bahagian 8)

🔗 Silsilah Ringkasan Tuntunan Praktis Ibadah Qurban (Bahagian 8)

📚 Bab Yang Dimakan & Yang Dibahagikan Dari Haiwan Qurban

☑ Disyariatkan bagi yang berqurban:
1⃣ Memakan sebahagiannya
2⃣ Menghadiahkan sebahagiannya
3⃣ Menyedekahkan sebahagiannya

📖 Allah ﷻ berfirman, “Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj: 28)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Makanlah, berilah makan dan simpanlah.” (HR Bukhari)

☝🏼Memberi makan di sini mencakup hadiah untuk orang-orang kaya (atau saudara dan jiran, -tambahan pent.), dan sedekah kepada orang-orang miskin.

☑ Telah berselisih para ulama tentang kadar berapa yang dimakan, yang dihadiahkan dan yang disedekahkan. Dan perkara ini mudah/bebas, namun yang baik ia memakan sepertiga, menghadiahkan sepertiga dan menyedekahkan sepertiga.

❗Diharamkan bagi yang berqurban:
1⃣ Menjual sedikitpun dari haiwan qurban baik dagingnya atau lainnya seperti kulit.
2⃣ Jangan memberikan kepada tukang potongnya sebagai balasan upah, dari bahagian haiwan qurban itu.

☝🏼Adapun yang telah diberikan kepadanya dalam bentuk hadiah dan sedekah, maka ia boleh berbuat sekehendaknya dari daging qurban tersebut seperti menjualnya dan yang lainnya asalkan dia tidak menjualnya kepada yang menghadiahkan atau menyedekahkan kepadanya.

📂 (Faedah dari Talkhis Kitab Ahkam Al Udhiyah wa Adz Dzakaah, karya Al-Imam Muhammad Shalih al-Utsaimin, diterjemahkan al-Ustadz Askari, diterbitkan Pustaka Ats Tsabat)

Bersambung, insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf