23
Sep
2016

Syarat-Syarat Ruqyah Yang Syar’i & Tidak Syirik

🕌📣🌴 Syarat-Syarat Ruqyah Yang Syar’i & Tidak Syirik

☝🏼Al-Ustadz Muhammad ‘Afifuddin memberikan bimbingan dari penjelasan para ulama tentang perbezaan antara ruqyah yang syar’i dan ruqyah yang syirik. Antara pensyaratan ruqyah yang syar’i adalah:

1⃣ Pensyaratan Pada Tatacara Ruqyah:
☑ Meruqyah dengan ayat-ayat Al-Qur’an, nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah.
☑ Meruqyah dengan doa-doa yang sahih dari Nabi ﷺ.
☑ Meruqyah dengan bahasa arab atau bahasa lain yang difahami maknanya.

2⃣ Pensyaratan Pada Pesakit:
☑ Tujuan dan niatnya jujur dan baik.
☑ Tawakal yang jujur hanya kepada Allah semata.
☑ Meyakini bahawa ruqyah itu hanya berkesan dengan sebab kehendak Allah.
☑ Meyakini bahawa yang menyembuhkannya adalah Allah, bukan orang yang meruqyahkannya.
☑ Tidak boleh meminta dirinya untuk diruqyah oleh orang lain.

3⃣ Pensyaratan Pada Orang Yang Meruqyah:
☑ Orang yang bertakwa, wara’, aqidah yang baik, gemar untuk berbuat kebajikan dan soleh.
☑ Orang yang kuat hati dan jiwanya dengan cara bertakwa dan bertawakal kepada Allah.

📂 (Faedah ilmiah dari Daurah Kajian Tentang Jin, Sihir & Ruqyah, al-Ustadz Muhammad ‘Afifuddin, Sesi Kelima, Masjid Ma’had al-Manshuroh Banjarbaru KalSel, Syawwal 1437H)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf