25
Nov
2016

Saranan Kepada Masyarakat Islam Di Malaysia Agar Melaksanakan Qunut Nazilah Untuk Muslimin Rohingya Di Myanmar

851516526_126676🕋🕌 Saranan Kepada Masyarakat Islam Di Malaysia Agar Melaksanakan Qunut Nazilah Untuk Muslimin Rohingya Di Myanmar

الحمد لله وحده، والصلاة والسلام على من لا نبي بعده، نبينا محمد وعلى آله وصحبه، وبعد:

1⃣ Berikutan peristiwa kezaliman yang berlaku terhadap masyarakat Islam Rohingya yang telah disiksa dan dibunuh di Rakhine, sebuah negeri di utara Myanmar,

Dan…

2⃣ Saranan dari pemerintah Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar kaum muslimin Malaysia melakukan Qunut Nazilah,

🌹Maka, kami memperingatkan seluruh Ahlus Sunnah untuk melakukan Qunut Nazilah pada solat lima waktu, sebagai bentuk ukhuwwah Islamiyyah untuk saudara-saudara kita muslimin Rohingya Myanmar dan ketaatan kita terhadap saranan pemerintah Malaysia.

وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

✍🏼 Turut mengetahui:
➡ Al-Ustadz Muhammad as-Sewed
➡ Al-Ustadz Usamah Mahri

📅 Khamis, 24 Shafar 1438H / 24 November 2016M
…………………………………

📚 Beberapa Penjelasan Penting

1⃣ Qunut Nazilah hanya dilakukan oleh kaum muslimin ketika ada perintah atau izin dari pemerintah muslimin. Demikian menurut pendapat yang benar.

2⃣ Qunut Nazilah dilakukan setelah ruku’ pada rakaat terakhir. Dilakukan pada semua solat lima waktu, baik solat Jahriyyah mahu pun Sirriyyah. Adapun pada Solat Jumaat, maka tidak dilaksanakan qunut. Kerana do’anya dapat dilakukan ketika khutbah.

3⃣ Disyariatkan kepada para makmum untuk mengaminkan do’a Qunut Nazilah. Disyariatkan pula mengangkat tangan bagi imam dan makmum. Tidak perlu mengusap wajah ketika mengakhiri do’a.

4⃣ Dalam solat sirriyyah, do’a Qunut Nazilah tetap dibaca jahr (dikeraskan).

5⃣ Dalam do’a Qunut Nazilah tidak ada teks do’a tertentu. Maka hendaknya berdo’a dengan do’a yang sesuai dengan peristiwa yang ada. Misalnya:

اللهم انصر إخواننا المستضعفين في راهنيا
اللهم عليك بأعدائك أعداء الدين
اللهم عليك بهم فإنهم لا يعجزونك
اللهم أرنا فيهم عجائب قدرتك
اللهم أنزل عليهم بأسك الذي لا يرد عن القوم المجرمين

☝🏼Atau do’a lainnya yang sesuai. Lafaz di atas hanya sekadar contoh, tidak harus sama seperti itu.

6⃣ Sebaiknya do’a tidak terlalu meluas, fokus berkaitan dengan peristiwa yang ada. Gunakan lafaz-lafaz yang mudah, jangan terlalu panjang, dan jangan sampai memberatkan para makmum.

7⃣ Suatu kesalahan apabila dalam do’a Qunut Nazilah dibacakan dengan do’a:

اللهم اهدنا فيمن هديت …. إلخ

Kerana itu merupakan do’a dalam Qunut Witr.

☝🏼Tidak dibenarkan pula membaca selawat Nabi dalam Qunut Nazilah.

💡Penjelasan lanjut tentang Qunut Nazilah:
http://www.alifta.net/Fatawa/FatawaChapters.aspx?languagename=id&View=Page&PageID=12118&PageNo=1&BookID=3

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf