21
Jun
2017

Ukuran Zakat Fitrah

🌾⚖ Ukuran Zakat Fitrah

☝🏼Ukuran yang dikeluarkan dari hadits-hadits yang lalu jelas sekali bahawa Nabi ﷺ menentukan ukuran zakat fitrah adalah 1 sha’. Tapi, berapa 1 sha’ itu. Satu sha’ sama dengan 4 mud. Sedangkan 1 mud sama dengan dua telapak tangan yang berukuran sedang.

❓Berapa bila diukur dengan kilogram (kg)? Tentu yang demikian ini tidak dapat tepat dan hanya dapat diukur dengan perkiraan. Oleh kerananya para ulama sekarangpun berbeza pendapat ketika mengukurnya dengan kilogram.

✅ Dewan Fatwa Saudi Arabia atau Al-Lajnah Ad-Da`imah yang diketuai Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, wakilnya Asy-Syaikh Abdurrazzaq ‘Afifi dan anggotanya Abdullah bin Ghudayyan memperkirakan 3 kg (Fatawa Al-Lajnah, 9/371)

✅ Adapun Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin berpendapat sekitar 2.040 kg. (Fatawa Arkanil Islam, hal. 429)

📂 Sumber: http://salafy.or.id/blog/2006/10/15/zakat-fitrah-pembersih-jiwa/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf