5
Jul
2017

Ajarkan Dia Tauhid (Semangat Para Raja al-Mamlakah al-Arabiyah as-Su’udiyah Dalam Menjaga Aqidah)

🌴☝🏼Ajarkan Dia Tauhid (Semangat Para Raja al-Mamlakah al-Arabiyah as-Su’udiyah Dalam Menjaga Aqidah)

⛅ Pada salah satu ziarah (kunjungan) al-Malik (Raja) Abdul ‘Aziz Alu Su’ud رحمه الله (pendiri Mamlakah Saudi Arabia period ketiga, -pent) ke kota Kharj (pada hari ke-7 bulan Dzulhijjah 1363H), seorang penyair dari penduduk Najd masuk menemui beliau. Sedangkan di tangannya ada qasidah yang hendak dia bacakan. Lalu si penyair memulakan bacaan syairnya dengan ucapan(i):

أنت آمالنا وفيك الرجاء

📣 “Engkaulah harapan kami. Dan hanya padamu kami berharap.”

❗Maka Sang Raja pun berteriak, “Berhenti!”

🎙Dan beliau melihat di majlis tersebut ada asy-Syaikh Hamd al-Jasir(ii) (رحمه الله). Beliau berkata padanya, “Ajarkan dia tauhid wahai Ibnu Jasir!”

📂 Sumber: https://twitter.com/AAlmdkhly/status/881320549598842881

✏ Catatan:
(i) Faedah di atas ditulis oleh asy-Syaikh Abdul Wahid al-Madkhali di akaun twitter beliau sebagai komentar atas reaksi al-Malik Salman حفظه الله terhadap seorang wartawan yang berlebihan dalam memuji dengan menyifati beliau dalam sebuah surat khabar Saudi, Al-Jazirah (30/7/2017) sebagai:

حليم أواه منيب شديد العقاب

📣 “Penyantun, penyayang, selalu kembali pada Allah dan sangat keras hukumannya.”

❗Sedangkan tiga sifat yang awal itu adalah sifat yang Allah pujikan untuk Nabi Ibrahim. Allah berfirman dalam surah Hud, ayat 75:

إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيبٌ

📖 “Sesungguhnya Ibrahim benar-benar seorang yang penyantun, penyayang, dan selalu kembali kepada Allah.”

❗Sedangkan sifat yang terakhir itu adalah sifat Allah yang sering disebut dalam Al-Qur’an. Di antaranya firman Allah:

اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ وَأَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

📖 “Ketahuilah bahawasanya Allah itu sangat keras siksaNya dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

☝🏼Maka Raja Salman mengingkari penyifatan tersebut. Di antara yang beliau sampaikan:

إن هذا أمر كدرنا، ولا نقبله، ولا نرتضيه، ولا نقره…

✅ “Dan perkara ini (tulisan sang wartawan) sangat mengganggu kami. Kami tidak terima, tidak rela, dan tidak menetapkannya….” (Bagi yang boleh membaca Bahasa Arab, silakan rujuk link pernyataan beliau yang sangat bermanfaat di:

📂 https://mobile.sabq.org/الملك-سلمان-يوقف-كاتبا-ويوجه-بمحاسبة-صحيفة-محلية-بعد-مقال-مس-جناب-التوحيد?t=1498935464)

🌹Semoga Allah selalu merahmati para pemimpin Mamlakah atas penjagaan mereka terhadap aqidah tauhid.
Melindungi mereka, negara tauhid, dan rakyatnya. Semoga Allah selalu memberikan hidayahNya pada pemimpin negara ini, menjaga Indonesia (dan Malaysia), dan muslimin di negara ini.”

(ii) Asy-Syaikh Hamd al-Jasir adalah salah seorang alim tersohor di Saudi. Beliau lahir tahun 1328H (1910M) dan wafat pada tahun 1421H (2000M)

🍋 Thuwailibul ‘Ilmisy Syar’i (TwIS)

🔎 Muraja’ah: al-Ustadz Kharisman Abu ‘Utsman حفظه الله

🗓 9 Syawal 1438H ll 3 Julai 2017M

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf