27
Sep
2017

Renungan Bagi Yang Memikirkan Tentang Rezekinya

💰💸 Renungan Bagi Yang Memikirkan Tentang Rezekinya

Allah berfirman:

أَمَّن هذَا الَّذي يَرزُقُكُم إِن أَمسَكَ رِزقَهُ

📖 “Siapakah yang memberi kalian rezeki jika Dia menahan rezekiNya?” (Al-Mulk: 21)

قال السعدي :أي: الرزق كله من الله، فلو أمسك عنكم رزقه، فمن الذي يرسله لكم؟ فإن الخلق لا يقدرون على رزق أنفسهم، فكيف بغيرهم؟

☝🏼As-Si’diy berkata, “Ertinya semua rezeki dari Allah, jika Allah tahan rezekiNya maka siapa yang akan memberi kalian rezeki? Hal itu kerana manusia tidak akan mampu mengurusi rezeki mereka sendiri, apalagi selain mereka!” (Tafsir As-Si’diy)

❗Maka termasuk dari kerugian besar ketika kamu bangun di pagi hari demi mencari rezekimu, sementara kamu tinggalkan Solat Fajar (Subuh) untuk yang memberimu rezeki, Ar-Rozzaq yang Maha Pemberi Rezeki!!

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf