28
Oct
2017

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 12)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 12)

Bab 1⃣1⃣: Boleh Meninggalkan Tokoh Tertentu Dari Kalangan Ahli Bid’ah, Majlis Mereka & Menjauhkan Manusia Dari Mereka (Bahagian 1)

🗞 Seseorang berkata kepada Ibnu Sirin رحمه الله, “Sesungguhnya si Fulan ingin menemui anda dan tidak akan berbicara tentang apa pun”. Ibnu Sirin berkata, “Katakan kepadanya, tidak! Ia tidak usah menemuiku kerana sesungguhnya hati anak Adam itu lemah dan saya takut mendengar satu ucapan sahaja dari dia yang menyebabkan hatiku tidak kembali kepada keadaannya semula.” (Al-Ibanah 2/446, no. 399-401)

🗞 Ma’mar berkata, “Ketika Ibnu Thawus رحمه الله sedang duduk, datang seorang Mu’tazilah dan mulai berbicara. Lalu beliau menutup telinganya dengan jarinya dan berkata kepada anaknya, “Wahai Anakku, tutuplah telingamu dengan jarimu dan keraskanlah dan jangan kau dengar ucapannya sedikitpun.” (At-Tahdzib 2/117 dan Tarikh Baghdad 8/215)

🗞 Ibrahim an-Nakha’i رحمه الله berkata kepada Muhammad bin as-Saib, “Janganlah kamu mendekati kami selama kamu masih berpegang dengan pendapatmu ini (pemikiran Murji’ah).” (Al-Bida’ 59)

🗞 Ketika ditanya tentang al-Muhasibi dan kitab-kitabnya, Abu Zur’ah رحمه الله menjawab, “Tinggalkan olehmu kitab-kitab ini, kerana ini adalah kitab-kitab bid’ah dan sesat. Berpeganglah dengan atsar Salafusoleh, sebab sesungguhnya kamu akan memperolehi daripadanya segala sesuatu yang mencukupi kamu. Dan tidak perlu kitab-kitab ini”. Lalu dikatakan kepadanya, “Di dalam kitab ini ada juga ibrah (pelajaran yang dapat di ambil)”. Beliau berkata, “Barang siapa yang tidak dapat mengambil ibrah dari Kitab Allah, maka dia tidak akan bisa mendapatkan ibrah dari yang lain”. Kemudian katanya lagi, “Alangkah cepatnya manusia itu menuju bid’ah”. (At-Tahdzib 2/117 dan Tarikh Baghdad 8/215)

📂 Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة
karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf