10
Dec
2017

Para Imam Itu Tidak Menganggap Pendapatnya Pasti Benar

📜✒ Para Imam Itu Tidak Menganggap Pendapatnya Pasti Benar

💎 Sebahagian Imam dari kalangan para Imam yang terkenal, jika beliau berpendapat tentang sesuatu, maka beliau berkata, “Ini pendapat kami, barangsiapa datang dengan pendapat yang lebih baik (benar) dari pendapat kami, maka kami akan menerimanya.”

⛺ Imam asy-Syafi’i sangat berpegang dengan prinsip ini, beliau menasihati para pengikutnya untuk mengikuti kebenaran dan menerima Sunnah jika telah tampak Sunnah tersebut bagi mereka, sedangkan Sunnah itu menyelisihi pendapatnya. Dan memerintahkan agar mereka melemparkan pendapatnya ke dinding ketika itu juga. Beliau berkata di dalam kitab-kitab beliau:

🗞 “Sudah pasti akan ditemui di dalamnya (iaitu kitab-kitab karya beliau sendiri) apa-apa yang menyelisihi Al-Kitab dan Sunnah kerana Allah telah berfirman:

📖 “Kalau sekiranya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatkan pertentangan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisaa: 82).”

📂 (Al-Farqu Baina Nashihah wa Ta’yir, karya al-Hafidz Ibnu Rajab, terbitan al-Ghuroba’)

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf