27
Sep
2018

Demikian Tauladan Kita Dahulu, Semoga Allah Rahmati Mereka !!

🌹🌾 Demikian Tauladan Kita Dahulu, Semoga Allah Rahmati Mereka !!

🗻 Biografi Tabi’in Sulaim bin ‘Ithr at-Tujibiy:

▪Adz-Dzahabiy berkata, “Beliau meriwayatkan dari Umar, Ali, Abu Darda dan Umul Mukminin Hafshoh. (Tarikh Islam 2/816)
▪Abu Ubaid Qosim bin Sallam berkata, Bakr bin Mudlor berkata, “Bahawa Sulaim bin ‘Ithr at-Tujibiy dalam semalam mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali dan berjima’ tiga kali. Ketika beliau wafat isterinya berkata, “Semoga Allah merahmatimu, sungguh engkau telah membuat Rabbmu redha dan engkaupun membuat isterimu redha.” Lalu isteri beliau ditanya kenapa demikian? Jawab beliau, “Terbiasa Sulaim bangun di tengah malam lalu beliau khatamkan Al-Qur’an kemudian beliau jima’i isterinya, kemudian beliau mandi dan kembali mengkhatamkan Al-Qur’an, kemudian beliau jima’i isterinya (lagi). Lalu beliau mandi dan kembali mengkhatamkan Al-Qur’an, kemudian beliau kembali menjima’i isterinya (lagi). Kemudian beliau mandi dan keluar untuk solat Subuh”.” (Fadloil Quran 182)

رحمه الله رحمة واسعة

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf