5
Oct
2018

Ahlus Sunnah Itu Tidak Memastikan Seseorang Sebagai Syahid Kecuali Dengan Dalil

Ahlus Sunnah Itu Tidak Memastikan Seseorang Sebagai Syahid Kecuali Dengan Dalil

• Al-Imam al-Bukhari رحمه الله dalam kitabnya Sahih al-Bukhari, yang sebahagian ulama menyebutkannya sebagai kitab yang paling sahih setelah Kitabullah, oleh kerananya umat Islam menyambutnya dengan lapang dada, beliau meletakkan sebuah bab berjudul:

“TIDAK BOLEH SESEORANG MENGATAKAN FULAN SYAHID”

• Lalu beliau menyebutkan riwayat, Abu Hurairah رضي الله عنه berkata dari Nabi ﷺ (ertinya), “Allah lebih tahu siapakah yang (benar-benar) berjihad di jalanNya, Allah lebih tahu siapakah yang terluka di jalanNya.”

• Ibnu Hajar رحمه الله menerangkan, “[Tidak Boleh Mengatakan Fulan Syahid] iaini dengan memastikan hal itu kecuali dengan (berita) dari wahyu. Seolah-olah beliau (al-Bukhari) mengisyaratkan kepada hadits Umar رضي الله عنه bahawa beliau berkhutbah lalu mengatakan (ertinya), “Kalian katakan dalam peperangan-peperangan kalian, ‘fulan syahid’ dan ‘fulan mati syahid’, barangkali dia telah memberatkan kendaraannya, ketahuilah janganlah kalian mengatakan semacam itu, akan tetapi katakanlah seperti yang dikatakan Rasulullah ﷺ (ertinya), “Barangsiapa yang meninggal atau terbunuh di jalan Allah maka dia syahid”.” (Hadits hasan riwayat Ahmad dan Said bin Manshur dan selain keduanya)

http://salafy.or.id

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf