10
Oct
2018

ISIS & Al-Qaeda Tidak Mewakili Islam

🔥❌ ISIS & Al-Qaeda Tidak Mewakili Islam

✍🏼 Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad alu asy-Syaikh حفظه الله (Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi) berkata:

☝🏼“Allah سبحانه و تعالى telah berfirman tentang sifat umat ini:

📖 “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang adil.” (Al-Baqarah: 143)

🍃 Di bawah cahaya tujuan yang agung ini akan tampak hakikat sikap pertengahan dan kelurusan. Akan tampak pula bahawa sikap pertengahan merupakan kesempurnaan dan keindahan Islam ini. Akan jelas pula bahawa pemikiran ekstrem, kekerasan, dan terorisme yang membuat kerosakan di muka bumi, menghancurkan lahan pertanian dan keturunan, sama sekali bukan dari Islam. Justeru pemikiran inilah yang pertama kali menjadi musuh Islam. Kaum musliminlah yang pertama kali menjadi korban.

🔥 Sebagaimana hal ini disaksikan berupa kejahatan kelompok yang disebut ISIS dan Al-Qaeda, serta berbagai kelompok pecahannya. Sangat tepat ditujukan hadits Nabi ﷺ berikut:

سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ أَحْدَاثُ الْأَسْنَانِ، سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ، يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ، يَقْرَؤُوْنَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْراً لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

📕 “Akan keluar di akhir zaman nanti, sekelompok orang yang masih muda umurnya dan berpemikiran bodoh. Mereka mengatakan ucapan makhluk yang terbaik. Mereka membaca Al-Qur’an, tetapi tidak melewati kerongkong mereka. Mereka meleset keluar dari agama ini sebagaimana melesetnya anak panah dari binatang buruannya. Apabila kalian mendapati mereka, bunuhlah mereka. Sebab, orang yang membunuh mereka akan mendapatkan pahala di sisi Allah pada hari kiamat.”

❗Kelompok-kelompok Khawarij ini tidak boleh dinisbahkan kepada Islam dan para pemeluknya yang memegang teguh petunjuk Islam. Mereka (umat Islam) berbeza dari Khawarij, kelompok pecahan yang pertama kali meleset keluar dari agama kerana mengkafirkan kaum muslimin dengan sebab dosa besar sehingga menghalalkan darah dan harta kaum muslimin.”

📂 http://mahad-assalafy.com/isis-al-qaeda-tidak-mewakili-islam/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf