23
Nov
2018

Bahtera Keselamatan

🚢🌴 Bahtera Keselamatan

⛅ Syaikh Ibn Baz رحمه الله berkata, “Salah satu kewajipan yang paling penting dalam Islam yang akan memberi kesan kepada kebaikan dan keselamatan masyarakat di dunia dan akhirat iaitu beramar makruf dan nahi mungkar. Itu adalah bahtera keselamatan sebagaimana dalam Sahih Bukhari, ada riwayat dari an-Nu’man bin Bashir رضي الله عنه ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

📗 “Perumpamaan orang-orang yang menunaikan amar makruf dan nahi mungkar dan orang-orang yang melanggar hal-hal yang dilarang Allah adalah seperti satu kaum yang melakukan undian untuk membahagi tempat mereka di atas sebuah bahtera. Sebahagiannya mendapatkan tempat di bahagian atas dan sebahagian yang lain mendapatkan tempat di bahagian bawah. Orang-orang yang berada di bahagian bawah, jika mengambil air, melewati orang-orang yang berada di bahagian atas. Lalu orang-orang yang berada di bahagian bawah tersebut berkata, “Cuba kita lubangkan di bahagian kita ini agar kita tidak perlu mengganggu orang-orang yang berada di bahagian atas.” Nabi ﷺ bersabda, “Jika mereka membiarkan orang-orang itu melakukan apa yang mereka inginkan, maka mereka semua akan binasa. Namun, jika mereka mencegah orang-orang itu, maka mereka akan selamat dan mereka semua pun akan selamat.” (HR Bukhari)

☝🏼Wahai orang Muslim, renungkanlah perumpamaan agung ini yang datang dari penghulu bani Adam, utusan tuhan semesta alam, dan makhluk paling mengetahui keadaan masyarakat dan penyebab-penyebab kebaikan dan kerosakannya, nescaya kamu akan dapat memahami secara jelas keagungan perintah amar makruf dan nahi mungkar dan itu adalah jalan keselamatan dan jalan kebaikan bagi masyarakat. Dalam sabda Nabi tersebut juga tampak jelas bahawa kaum Muslimin wajib mengamalkannya kerana itu adalah saranan bagi keselamatan mereka dari segala yang akan mendatangkan kerugian.” (Fatwa Ibn Baz, Jilid 3, nombor bahagian 3, halaman 264)

📂 http://www.alifta.net

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf