20
Dec
2018

Perbanyakkan Tersenyum Di Siang Hari & Menangis Di Malam Hari

🌤🌙 Perbanyakkan Tersenyum Di Siang Hari & Menangis Di Malam Hari

📗 Jarir berkata, “Tidak pernah Rasulullah ﷺ melihatku kecuali pasti baginda tersenyum di hadapanku.” (HR Bukhari & Muslim)

☝🏼Imam adz-Dzahabiy berkata, “Beginilah akhlak Islam, maka maqam tertinggi adalah orang yang banyak menangis di tengah malam (qiyamul lail) dan banyak senyum di siang hari.

📗 Dalam hadits Nabi berkata:

إنكم لن تسعوا الناس بأموالكم فليسعهم منكم بسط الوجه

“Kalian tidak akan dapat mencukupi orang dengan harta kalian tetapi cukupi mereka dengan wajah manis kalian.” (HR Bukhari & Muslim)

❗Tinggal satu masalah penting iaitu bagi orang yang banyak tertawa, (diingatkan) agar mengurangi hal tersebut dan mencela dirinya kerananya agar dirinya tidak dibenci orang.
• Sementara bagi orang yang bermasam muka seharusnya tersenyum dan memperbaiki akhlaknya serta membenci dirinya kerana buruk akhlaknya.
• Dan setiap penyimpangan dari keseimbangan adalah tercela.
• Dan demikianlah jiwa itu memerlukan perjuangan dan pembenahan (koreksi).” (Siyar A’laam Nubala 10/141)

قال جرير :
( ما رآني النبي ﷺ إلا تبسم في وجهي )
متفق عليه

قال ‎الحافظ الذهبي :
” هذا ‎خُلق الإسلام فأعلى المقامات من كان بكاء بالليل بساما بالنهار.
وقال النبي إنكم لن تسعوا الناس بأموالكم فليسعهم منكم بسط الوجه.
وبقي هنا شيء ينبغي لمن كان ضحوكا بساما أن يقصر نفسه من ذلك ويلوم نفسه حتى لا تمجه الأنفس
وينبغي لمن كان عبوسا مُنقبضا أن يتبسّم ، ويُحسِّن خلُقه ، ويمقت نفسه على رداءة خلقه وكل انحراف عن الاعتدال فمذموم ، ولا بد للنفس من مجاهدة وتأديب “.
سير اعلام النبلاء ( ١٠/ ١٤١ )

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf