29
Dec
2018

Komuniti Salafi Bukan Sebuah Organisasi Atau Pertubuhan

📝❌ Komuniti Salafi Bukan Sebuah Organisasi Atau Pertubuhan

• Salafi tidak mempunyai sebarang pimpinan umum atau pimpinan pusat.

• Komuniti Salafi ini lebih terwujud dengan adanya majlis-majlis taklim, pendidikan di ma’had-ma’had, penulisan bahan-bahan dakwah di pelbagai media.

• Komuniti Salafi tidak menjadikan prinsip al-Wala’ wal Bara’ (bersama dan berlepas diri)nya, sikap pertemanan dan kesetiaannya berdasarkan pondok pesantren, organisasi atau yayasan. Tetapi mereka mendirikan sikap pertemanannya berdasarkan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Sunnah.

• Komuniti Salafi juga bukan komuniti kesukuan.

• Sebelum ini sering kita dengar pertanyaan seperti, “Di mana pejabat/kantor pusatnya Salafi?”, “Siapa pimpinan umum Salafi?”. Jawapannya tidak ada pejabat/kantor pusat bagi Salafi dan tidak ada pimpinan umum bagi Salafi. Yang ada dalam komuniti Salafi adalah ta’awun (saling membantu), nasihat menasihati, amar ma’ruf nahi munkar.

✍🏼 Al-Ustadz Luqman Ba’abduh حفظه الله

📂 (Faedah Dari Muhadharah Makna & Prinsip Salafi, Pertemuan Ke-3, Masjid Ma’had as-Salafy, Jember, 23 Muharram 1440H)

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf