1
Jan
2019

Jika Seseorang Mengendarai Kendaraannya & Tidak Menyebut Nama Allah

🚚🚙 Jika Seseorang Mengendarai Kendaraannya & Tidak Menyebut Nama Allah

📝 Diriwayatkan di Mushonaf Abdur Razzak dengan sanad jayyid dari Abdullah bin Mas’ud beliau berkata, “Jika seseorang mengendarai kendaraannya dan dia tidak berzikir (menyebut nama Allah), maka dia akan diikuti oleh syaitan dan syaitan itu membisikkan padanya “bernyanyilah”. Jika dia tidak boleh (bernyanyi), maka syaitan bisikkan padanya “berangan-anganlah”.”

☝🏼Syaikh Dr. Abdus Salam Barjis berkata, “Atsar ini menjelaskan pada kita bahawa jika seseorang tidak menyebutkan nama Allah ketika menaiki kendaraannya, maka dia akan ditemani syaitan dalam perjalanannya. Dia akan disibukkan dengan nyanyian (dari pada zikrullah). Namun jika dia tidak boleh bernyanyi, maka akan syaitan sibukkan dengan kesibukan lain iaitu berangan-angan. Hingga dirinya terbuai-buai dalam angan-angan dan terhanyut jauh dalam beraneka ragam bentuknya. Terkadang berangan-angan (mendapatkan):
• Isteri yang cantik, atau
• Rumah yang mewah, atau
• Kekayaan yang berlimpah.

❗Demikianlah dia buang waktunya, dia sia-siakan hidupnya, sampai pada saatnya tiba semakin dekat ajalnya dia hanya mampu menyesal:

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

📖 Dia berkata, “Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini.” (Al-Fajr: 24)

مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

📖 “Sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu, lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-Munafiqun: 10)

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

📖 “Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.” (Al-Munafiqun: 11)

📗 Ibnu Suni meriwayatkan dalam Amal Yaum wa Laylah dari Muadz bin Jabal berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Penduduk syurga tidaklah menyesali kecuali waktu saat mereka di dunia dan mereka tidak berzikir kepada Allah padanya.”

📂 (Majmu Muallafat wa Tahqiqot, Syaikh Dr. Abdus Salam Barjis 2/32)

نسأل الله التوفيق

——————————————

إذا ركب الرجل دابته فلم يذكر اسم الله..؟

في “مصنف عبد الرزاق” بسند جيد عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- أنه قال : (( إذا ركب الرجل دابته فلم يذكر اسم الله ردفه الشيطان، فقال له : تغن، فإن لم يحسن، قال له : تَمَنَّ ))

قال الشيخ الدكتور عبد السلام بن برجس رحمه الله :

ففي هذا الأثر : أن الراكب إذا لم يسم الله عند ركوبه، صحبه الشيطان في طريقه، فأشغله عن ذكر الله بالتغني، فإن كان الراكب لا يحسن التغني، نقله الشيطان إلى مشغل ثان، ألا وهو : التمني، فيتيه في أوديته، وتتشعب به مسالكه.

فتارة يتمنى زوجة حسناء، وأخرى : بيتًا فسيحًا، وثالثة : ثروة طائلة …

وهكذا يقتل وقته، ويضيع حياته، حتى إذا دنا رحيله، قرع سن الندم، وقال :

{ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي }[الفجر:24]

، { لَوْلا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10) وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ }[المنافقون:11،10]

وقد روى ابن السني في “عمل اليوم والليل” عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- قال : قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- : (( ليس يتحسر أهل الجنة إلا على ساعة مرت بهم لم يذكروا الله -عز وجل- فيها ))

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf