19
Feb
2019

Pendapat Syaikh Al-Utsaimin Tentang Bentuk Bumi (Dalil Menunjukkan Bahawa Bumi Itu Bulat)

🌏🌔 Pendapat Syaikh Al-Utsaimin Tentang Bentuk Bumi (Dalil Menunjukkan Bahawa Bumi Itu Bulat)

❓Soalan: “Bagaimana menjawab pertanyaan orang yang bertanya kepada kita apakah bumi itu bulat, berdasarkan (landasan) agama?”

✅ Asy-Syaikh Muhammad bin Sholih al-Utsaimin رحمه الله menjawab, “Bumi itu bulat berdasarkan dalil Al-Qur’an, kenyataan dan ucapan ulama.

Dalil dalam Al-Qur’an adalah firman Allah Ta’ala:

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ

📖 “Dia (Allah) melilitkan malam pada siang dan melilitkan siang pada malam.” (Az-Zumar: 5)

• (Kata) melilitkan, sebagaimana lilitan serban (imamah). Telah sedia maklum bahawasanya malam dan siang saling bergiliran mengikuti kejadiannya pada bumi. Ini menunjukkan bahawasanya bumi itu bulat. Kerana jika engkau melilitkan sesuatu pada sesuatu (menunjukkan sesuatu itu bulat). Dan bumi juga mengalami lilitan, ini menunjukkan bahawasanya bumi itu bulat.

• Adapun secara kenyataan, ini juga telah jelas. Jika seseorang terbang dari Jeddah menuju arah Barat (terus) akan keluar ke Jeddah (lagi) dari arah Timur jika lintasannya lurus. Ini adalah hal yang tidak diperselisihkan sekalipun antara dua orang.

• Sedangkan menurut ucapan ulama, mereka menjelaskan bahawasanya jika seorang di Timur meninggal ketika terbenam matahari dan orang lain (ahli warisnya, pent.) meninggal ketika terbenam matahari dan dia berada di Barat, di antara keduanya ada jarak, sesungguhnya orang yang meninggal di Barat ketika terbenam matahari, mewarisi orang yang meninggal di Timur ketika terbenam matahari. Jika ia termasuk ahli warisnya. Ini menunjukkan bumi itu bulat. Kerana jika bumi itu datar, nescaya terbenamnya matahari di seluruh penjuru terjadi di saat bersamaan. Jika hal ini telah jelas, tidak mungkin bagi siapapun mengingkarinya.

• Keyakinan ini (bahawa bumi itu bulat) tidaklah bertentangan dengan firman Allah Ta’ala:

أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى الأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

📖 “Tidakkah mereka melihat kepada unta, bagaimana diciptakan? Dan kepada langit, bagaimana ditinggikan? Dan kepada gunung, bagaimana dipancangkan? Dan kepada bumi, bagaimana dihamparkan? (Al-Ghaasyiyah: 17-10)

• Kerana sesungguhnya bumi itu wujudnya sangat besar. Kebulatan bentuknya tidaklah dalam jarak yang berdekatan. Kerana itu yang terlihat dalam pandangan adalah datar (hamparan). Tidaklah merisaukan hati untuk tenang berdiam di atas permukaannya. Hal itu tidaklah menafikan bahawa bumi itu bulat. Kerana wujudnya sangat besar.

• Meskipun demikian, mereka (para peneliti) menjelaskan bahawasanya bumi tidaklah bulat sempurna, yang tiap ujungnya sama. Namun, bumi itu menyempit pada bahagian utara dan selatan. Mereka mengatakan bahawasanya bentuk bumi itu “ellips” berbentuk telur yang menyempit pada sisi utara dan selatannya.” (Fataawa Nuurun alad Darb libni Utsaimin)

———————-

كيف نجاوب من سألنا عن كروية الأرض في الدين؟
فأجاب رحمه الله تعالى: الأرض كروية بدلالة القرآن والواقع وكلام أهل العلم أما دلالة القرآن فإن الله تعالى يقول (يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ) والتكوير جعل الشيء كالكور مثل كور العمامة ومن المعلوم أن الليل والنهار يتعاقبان على الأرض وهذا يقتضي أن تكون الأرض كروية لأنك إذا كورت شيئاً على شيء وكانت الأرض هي التي يتكور عليها هذا الأمر لزم أن تكون الأرض التي يتكور عليها هذا الشيء كروية وأما دلالة الواقع فإن هذا قد ثبت فإن الرجل إذا طار من جدة مثلاً متجهاً إلي الغرب خرج إلى جدة من الناحية الشرقية إذا كان على خط مستقيم وهذا شيء لا يختلف فيه اثنان وأما كلام أهل العلم فإنهم ذكروا أنه لو مات رجل بالمشرق عند غروب الشمس ومات آخر بالمغرب عند غروب الشمس وبينهما مسافة فإن من مات بالمغرب عند غروب الشمس يرث من مات بالمشرق عند غروب الشمس إذا كان من ورثته فدل هذا على أن الأرض كروية لأنها لو كانت الأرض سطحية لزم أن يكون غروب الشمس عنها من جميع الجهات في آن واحد وإذا تقرر ذلك فإنه لا يمكن لأحد إنكاره ولا يشكل على هذا قوله تعالى (أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى الأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ) لأن الأرض كبيرة الحجم وظهور كرويتها لا يكون في المسافات القريبة فهي بحسب النظر مسطحة سطحاً لا تجد فيها شيئاً يوجب القلق على السكون عليها ولا ينافي ذلك أن تكون كروية لأن جسمها كبير جداً ولكن مع هذا ذكروا أنها ليست كروية متساوية الأطراف بل إنها منبعجة نحو الشمال والجنوب فهم يقولون إنها بيضاوية أي على شكل البيضة في انبعاجها شمالاً وجنوباً.
(فتاوى نور على الدرب لابن عثيمين )

📂 http://binothaimeen.net/content/7371?q2=الأرض%20كروية

✍🏼 Al-Ustadz Abu Utsman Kharisman حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf