23
Mar
2020

Mimpi Bertemu Rasulullah ﷺ & Diajarkan Wirid-Wirid Tertentu

🧠💭 Mimpi Bertemu Rasulullah ﷺ & Diajarkan Wirid-Wirid Tertentu

❓Soalan:
Disebutkan dalam hadits Rasulullah ﷺ:

مَنْ رَآنِيْ فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِيْ

“Siapa yang melihatku dalam mimpi maka sungguh ia benar-benar telah melihatku kerana syaitan tidak mampu menyerupaiku.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sebahagian orang mengaku bahawa Nabi ﷺ mendatanginya dalam mimpi dan memberinya wirid atau bacaan-bacaan yang harus diulangnya sekian kali. Iaini, dia diminta mengucapkan wirid tersebut dalam rangka ibadah dan agar dia memberitahukannya kepada orang lain. Tentu pengakuan seperti ini bertentangan dengan ayat yang mulia (ertinya):

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Aku cukupkan kepada kalian nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

Apakah pengakuan orang seperti itu benar atau dusta?

✅ Jawapan:
Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan حفظه الله menjawab:

“Melihat Nabi ﷺ dalam mimpi sungguh boleh terjadi kerana hadits yang memberitakan tentang hal tersebut sahih. Akan tetapi, hal itu boleh terjadi pada orang yang mengenali (keperibadian) Rasulullah ﷺ. Jika saat terjaga orang itu mengetahui dan mengenal sifat-sifat dan ciri-ciri baginda, syaitan tidak mungkin dapat menyerupai ciri-ciri dan keperibadian baginda. Siapa yang kenal baginda dengan sebenar-benarnya dan dapat dengan tepat membezakan baginda dari yang lain, sungguh orang seperti ini benar melihat baginda dalam mimpi.

Adapun orang yang tidak mengenal ciri-ciri Rasulullah ﷺ dan tidak mampu membezakan keperibadian baginda yang mulia (lantas mengaku melihat Rasul ﷺ dalam mimpi), boleh jadi orang ini didatangi syaitan dalam tidurnya yang mengaku sebagai Rasulullah ﷺ serta menyesatkannya dalam agamanya.

Dengan demikian, masalah mimpi melihat Rasul ﷺ tidak berlaku secara mutlak. Orang bermimpi melihat Nabi ﷺ mesti mimpi yang shadiqah (benar), jika memang ia kenal Nabi ﷺ dan dapat membezakan baginda dari yang lain. Adapun orang yang tidak mengenal Nabi ﷺ dan tidak mengetahui ciri-ciri baginda, tidak mampu pula membezakan ciri-ciri dan keperibadian baginda dari yang lain, bererti orang ini ditipu oleh syaitan. Syaitan boleh mendatanginya dan mengaku sebagai Rasulullah ﷺ.

Dari sisi yang kedua, Rasul ﷺ mengajarinya wirid dalam mimpi, maka sebagaimana kata penanya, ini adalah perkara batil kerana penetapan syariat telah berakhir atau selesai dengan wafatnya Nabi ﷺ. Allah سبحانه وتعالى berfirman (ertinya):

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Aku cukupkan kepada kalian nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama kalian.” (Al-Maidah: 3)

Setelah wafat Rasulullah ﷺ, tidak ada lagi pensyariatan sesuatu dan penambahan sesuatu terhadap ajaran yang baginda tinggalkan sebelum wafatnya, baik dalam bentuk wirid mahupun selainnya. Maka dari itu, hendaknya hal ini menjadi perhatian.”
(Majmu’ Fatawa Fadhilatusy Syaikh Shalih al-Fauzan, 1/49—50)

📂 https://asysyariah.com/mimpi-melihat-nabi/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf