1
Apr
2020

Bala Serta Musibah Turun Kerana Dosa & Terangkat Dengan Taubat

🔥🍃 Bala Serta Musibah Turun Kerana Dosa & Terangkat Dengan Taubat

☝🏼Dari Ibnu Shubaih bahawa ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Bashri tentang kegersangan bumi, maka beliau berkata, “Beristighfarlah kepada Allah”. (Kemudian) datang yang lain mengadu tentang kemiskinan dan kekeringan kebun. Beliau pun menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah”. (Kemudian) yang lain lagi berkata, “Doakan kepada Allah, agar Ia memberiku anak”. Beliau menjawab, ”Beristighfarlah kepada Allah”.

🌴 Kemudian Hasan al-Bashri berkata, “Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri, tetapi sungguh Allah telah berfirman dalam surah Nuh ayat 10-12.” (Jami’ Liahkamil Quran 18/302)

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

📖 “Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)

✅ Oleh itu, perbanyaklah istighfar dan doa, terlebih lagi di hari Jumaat, semoga Allah mengangkat bala dan musibah.

✍🏼 Al-Ustadz Abdul Hakam at-Tamimi حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf