29
May
2020

Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 34)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 34)

📚 Bab 2⃣5⃣:
Membidaahkan Orang Yang Mencela Salah Seorang Sahabat Rasulullah ﷺ (Bahagian 2)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Dan barangsiapa yang mencela salah seorang saja dari para sahabat Rasulullah ﷺ,* atau membencinya kerana suatu kejadian darinya atau menyebut-nyebutkan keburukannya, maka ia adalah seorang mubtadi’. Sampai ia mendoakan rahmat ke atas mereka semua dan hatinya pun menerima mereka semua.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Katakanlah andai itu terjadi dan benar bahawa seorang sahabat terjatuh dalam satu kesalahan, maka jangan engkau menyebut-nyebutkan dan mencelanya kerana kejadian tersebut. Tetapi katakanlah bahawa ia seorang mujtahid (orang yang mampu berijtihad). Demikianlah mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, bahawa segala perselisihan yang terjadi di kalangan sahabat, maka mereka semua adalah mujtahid.

☝🏼 Dan apapun kesalahan yang nyata terjadi dari sahabat, itu hanya ibarat setitis air di samudera yang luas. Itulah perbandingan antara kesalahan dan kebaikan-kebaikan yang dilakukannya. Bahkan sebutir kurma yang mereka infakkan, lebih utama daripada segunung Unud. Maksudnya, jika kau berinfak emas semisal gunung Uhud, sedangkan mereka hanya menyerahkan satu mud (sebesar kedua telapak tangan)nya berupa gandum atau bahkan hanya separuhnya saja, infak mereka ini lebih utama di sisi Allah daripada infak sebesar gunung Uhud ataupun gunung-gunung di lain di seluruh dunia, barakallahufeek. Seandainya engkau kumpulkan infak sebesar gunung-gunung tadi, itu tetap tidak akan dapat menyamai satu mud sedekahnya sahabat Rasulullah ﷺ.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf