4
Aug
2020

Bimbingan Terkait Solat Berjemaah Di Masjid Bagi Kaum Muslimin Di Malaysia

🕋 Bimbingan Terkait Solat Berjemaah Di Masjid Bagi Kaum Muslimin Di Malaysia

🎙️Al-Ustadz Qomar as-Su’aidi حفظه الله

❓Soalan:
“Bismillah. Afwan ustadz, kami di Malaysia mohon bimbingan antum terkait isu solat berjemaah di masjid pada waktu sekarang.

Alhamdulillah kita di Malaysia sekarang sudah memasuki fasa pemulihan dari wabak COVID-19 ini. Pemerintah telah menerapkan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan), di mana banyak aktiviti-aktiviti di luar rumah sudah diizinkan untuk dijalankan tetapi harus dengan SOP yang telah ditetapkan. Antaranya aktiviti seperti bekerja, beribadah di masjid, beriadah, melancong dan banyak lagi.

Alhamdulillah kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sudah semakin menurun dengan purata kes per hari dari 4 Julai – 3 Ogos adalah bersamaan dengan ±12 kes per hari. Kita terus berharap agar Allah cepat mengangkat wabak ini dari kita semuanya.

Buat masa ini kaum muslimin menyambut baik aturan PKPP ini kerana rakyat sudah dapat kembali mencari nafkah dan solat berjemaah di masjid. SOP di masjid, antaranya adalah harus menjaga jarak 1-2meter antara para jemaah ketika solat, wuduk harus diambil dari rumah, harus membawa sejadah sendiri ke masjid, tidak bersalaman setelah solat dan sebagainya.

Maka dari itu, kami mohon bimbingan dari antum tentang bagaimana sikap kami apakah terus solat di rumah atau digalakkan untuk solat berjemaah dan solat jumaat di masjid? Dan bagaimana bagi orang yang masih memiliki kekhawatiran dijangkiti? Jazakallah kher wa barakallahufek.”

✍🏼 Jawapan:
“Bismillah. InsyaAllah seorang muslim yang sebelum wabak ini selalu ke masjid, dia akan rindu untuk kembali beribadah di masjid. Kita berharap kita semua termasuk dalam hadits Nabi ﷺ (yang ertinya), “Tujuh golongan manusia yang Allah akan memberi naunganNya… dan seseorang yang qalbunya terikat dengan masjid.”

Sehingga ketika masjid kembali dibuka, dia akan segera kembali ke sana. Memang benar, kekhawatiran terhadap penyakit menjadi uzur untuk tidak solat berjemaah. Maka dari itu pemerintah telah membuat SOP ketika kembali mengizinkan kaum muslimin untuk solat berjemaah di masjid. Dan tujuan dari SOP tersebut adalah agar terhindar dari penyakit.

Bagi yang mampu melakukan SOP tersebut dan tidak ada halangan untuk solat berjemaah, maka semampu mungkin dia disarankan untuk tetap solat berjemaah.

Bagaimana apabila kita tetap khawatir terhadap penyakit? Ana merasa untuk kes di Malaysia, dengan penjelasan antum tentang keadaan sekarang, kekhawatiran itu kecil. Dengan itu berusahalah untuk tetap solat berjemaah di masjid.

Apakah dalam keadaan ini hukum solat berjemaah itu kembali wajib? Untuk keadaan di Malaysia, Wallahu a’lam. Semoga Allah memberikan jalan yang benar bagi kita semua.”

📆 Isnin, 13 Dzulhijjah 1441H / 3 Ogos 2020M

(Teks ini telah diperiksa dan dibenarkan untuk dikongsikan oleh al-Ustadz Qomar)

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf