1
Jun
2021

Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 36)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 36)

📚 Bab 2⃣6️⃣:
Tafsir Nifaq (Bahagian 2)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Dan Nifaq adalah suatu kekufuran. Seseorang kufur terhadap Allah dan menyembah selainNya, namun ia menampakkan keislaman secara zahir. Sebagaimana orang-orang munafiq di masa Rasulullah ﷺ.*”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Berkata Syaikhul Islam Ahmad bin Abdul Halim, “Sebahagian orang menyangka bahawa kemunafikan itu hanya ada pada masa Rasul ﷺ, kemudian berakhir. Ini adalah sebuah kekeliruan.

Hudzaifah (Ibnul Yaman) berkata, “Kemunafikan di masa ini lebih dahsyat daripada yang ada di masa Rasulullah ﷺ”. Orang-orang berkata, “Bagaimana mungkin?”. Beliau berkata, “Dahulu orang-orang munafiq di masa Rasulullah ﷺ masih menyembunyikan kemunafikan mereka, adapun di masa sekarang mereka jelas-jelas menampakkan kemunafikannya”.

Sekarang banyak didapati (hal ini), terlebih pada pergerakan-pergerakan politik, sebagaimana hal ini dipersaksikan oleh sebahagian dari mereka sendiri yang mengatakan, “Aku belum pernah mengenal seorang politikus pun yang tidak berbohong”. Bahkan yang lain berkata, “Politik adalah kemunafikan”.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf