5
Jan
2022

Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 37)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 37)

📚 Bab 2⃣7️⃣:
Tunduk Berserah Diri Kepada Nash (Dalil) Sekalipun Tidak Mengetahui Tafsirnya (Bahagian 1)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Dan sabda Nabi ﷺ (ertinya), “Ada tiga perkara yang barangsiapa ketiga-tiga ada pada dirinya, maka ia adalah seorang munafiq”*. Ini untuk menekankan besarnya permasalahan (nifaq). Kita meriwayatkan sebagaimana datangnya dan tidak menafsirkannya.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Ini adalah dalam bab taghlizh, menegaskan besarnya perkara nifaq. Ertinya, Rasul ﷺ tidaklah bermaksud bahawa mereka itu adalah orang munafiq dalam aqidah mereka, yang menyembunyikan kekufuran terhadap Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya serta hari akhir. Tidak demikian. Ini adalah bentuk nifaq yang lain, untuk mempertegas masalah. Jadi, pada orang tadi terdapat beberapa perangai kaum munafik. Inilah yang dinamakan para ulama dengan sebutan nifaq ‘amali.

“Ada tiga perkara yang barangsiapa ketiganya ada padanya, maka ia adalah seorang munafiq. Jika ia berbicara, ia berdusta. Jika ia berjanji, ia menyelesihinya. Dan jika ia dipercayai, ia berkhianat”.

Dalam riwayat lain, “… Jika ia bertengkar, ia berbuat fajir. Dan jika dia berjanji, ia menipu”.

Maka boleh jadi ia seratus peratus munafiq. Namun boleh jadi pula hanya terdapat nifaq ‘amali padanya. Sekalipun demikian, kita wajib untuk waspada dari mereka. Demi Allah, kita harus berburuk sangka kepadanya dan berhati-hati darinya. Kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda yang kuat dari tanda-tanda munafiqin yang nyata. Sekalipun demikian, kita tidak boleh memastikannya (menghukumi sebagai munafiq), tetapi mengambil sikap waspada”.

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf