1
Sep
2016

Silsilah Ringkasan Tuntunan Praktis Ibadah Qurban (Bahagian 6)

🔗 Silsilah Ringkasan Tuntunan Praktis Ibadah Qurban (Bahagian 6)

📚 Bab Yang Sah Dari Qurban Seorang Muslim

☑ Jika seseorang berqurban dengan seekor kambing baik dari jenis biri-biri atau kacang, atas nama dirinya dan keluarganya, maka hal itu sah diniatkan untuk setiap keluarganya yang masih hidup mahupun yang telah meninggal.

📕Dari Abu Ayyub al-Anshari رضي الله عنه berkata, “Adalah kebiasaan seseorang di masa Nabi ﷺ berqurban dengan seekor kambing atas nama diri dan keluarganya, lalu mereka memakannya dan memberi makan kepada yang lainnya.” (HR Ibnu Majah, Tirmidzi dan beliau mensahihkannya)

☑ Jika seseorang berqurban dengan satu per tujuh unta atau lembu, atas nama diri dan keluarganya, hal tersebut sah. Sebab Nabi ﷺ menjadikan satu per tujuh unta dan lembu sama kedudukannya dengan seekor kambing dalam sembelihan hadyu.

❗Tidak sah satu ekor kambing atau satu per tujuh unta atau satu per tujuh lembu, atas nama dua orang atau lebih.

📂 (Faedah dari Talkhis Kitab Ahkam Al Udhiyah wa Adz Dzakaah, karya Al-Imam Muhammad Shalih al-Utsaimin, diterjemahkan al-Ustadz Askari, diterbitkan Pustaka Ats Tsabat)

Bersambung, insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf