31
Dec
2016

Kemungkaran-Kemungkaran Yang Dilakukan Sebahagian Umat Islam Di Hari Raya Agama Lain

💥⛔❌🔥 Kemungkaran-Kemungkaran Yang Dilakukan Sebahagian Umat Islam Di Hari Raya Agama Lain

✍🏻 Asy-Syaikh Abdul Qadir bin Muhammad al-Junaid hafizhahullah

Sesungguhnya termasuk perbuatan yang diharamkan dan termasuk kemungkaran yang buruk yang dilakukan oleh sebahagian kaum muslimin –semoga Allah memperbaiki keadaan mereka– ketika orang-orang kafir merayakan hari raya keagamaan mereka adalah 4 perkara berikut:

1⃣ Memenuhi undangan orang-orang kafir untuk menghadiri perayaan hari raya keagamaan mereka tersebut. Anda dapat melihat sebahagian orang menghadiri acara bersama mereka, ikut bergabung dengan mereka dalam kesenangan dan kegembiraan, mengucapkan selamat kepada mereka, mendoakan keberkahan untuk mereka, dan memberikan hadiah untuk mereka.

2⃣ Mengirim kad ucapan selamat hari raya mereka, dan terkadang disertai dengan mengirim mawar dan bunga yang lainnya, dan dalam kad ucapan selamat tersebut disebutkan kata-kata yang terindah serta doa keberkahan dan kebaikan.

3⃣ Mengumumkan ucapan selamat hari raya kepada orang-orang kafir melalui television, surat khabar, majalah, atau laman-laman web internet, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian wartawan, pejabat, pengusaha, tokoh-tokoh masyarakat, para doktor di berbagai bidang ilmu, atau para pemilik media-media elektronik.

4⃣ Menyewakan tempat untuk mereka, seperti dewan-dewan, tempat peristirehatan, ruangan hotel, khemah, dan yang semisalnya, yang mereka gunakan untuk merayakan hari raya keagamaan mereka. Hal ini diharamkan kerana membantu mereka untuk melakukan hal-hal yang diharamkan oleh Allah, dan Allah Ta’ala telah melarang hal tersebut dengan firman-Nya:

ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻌَﺎﻭَﻧُﻮﺍ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﺈِﺛْﻢِ ﻭَﺍﻟْﻌُﺪْﻭَﺍﻥ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺷَﺪِﻳﺪُ ﺍﻟْﻌِﻘَﺎﺏِ.

“Dan janganlah kalian tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan, dan bertakwalah kalian kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” (QS. Al-Maidah: 2)

ﺇﻥ ﻣﻦ ﺍﻷﻓﻌﺎﻝ ﺍﻟﻤﺤﺮﻣﺔ، ﻭﺍﻟﻤﻨﻜﺮﺍﺕ ﺍﻟﺸﻨﻴﻌﺔ، ﺍﻟﺘﻲ ﺗﻘﻊ ﻣﻦ ﺑﻌﺾ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ –ﺃﺻﻠﺤﻬﻢ ﺍﻟﻠﻪ– ﻓﻲ ﺃﻭﻗﺎﺕ ﺇﻗﺎﻣﺔ ﺍﻟﻜﻔﺎﺭ ﻷﻋﻴﺎﺩﻫﻢ ﺍﻟﺪﻳﻨﻴﺔ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﺭﺑﻊ:

ﺃﻭﻟًﺎ: ﺇﺟﺎﺑﺔ ﺩﻋﻮﺓ ﺍﻟﻜﻔﺎﺭ ﺇﻟﻰ ﺣﻀﻮﺭ ﻫﺬﻩ ﺍﻷﻋﻴﺎﺩ، ﻓﺘﺮﻯ ﺍﻟﺒﻌﺾ ﻳﺤﻀﺮ ﻣﻌﻬﻢ، ﻭﻳﺸﺎﺭﻛﻬﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﻔﺮﺣﺔ ﻭﺍﻟﺴﺮﻭﺭ، ﻭﻳﻬﻨﺌﻬﻢ، ﻭﻳﺒﺎﺭﻙ ﻟﻬﻢ، ﻭﻳﺠﻠﺐ ﻟﻬﻢ ﺍﻟﻬﺪﺍﻳﺎ.

ﺛﺎﻧﻴًﺎ: ﺇﺭﺳﺎﻝ ﻛﺮﻭﺕ ﺃﻭ ﺑﻄﺎﻗﺎﺕ ﺍﻟﺘﻬﻨﺌﺔ ﺑﻌﻴﺪﻫﻢ، ﻭﻗﺪ ﺗﻜﻮﻥ ﻣﺼﺤﻮﺑﺔ ﺑﺎﻟﻮﺭﻭﺩ ﻭﺍﻟﺰﻫﻮﺭ، ﻭﺫُﻛﺮ ﻓﻴﻬﺎ ﺃﺟﻤﻞ ﺍﻟﻜﻠﻤﺎﺕ ﻭﺍﻟﺘﺒﺮﻳﻜﺎﺕ ﻭﺍﻟﺘﻤﻨﻴﺎﺕ.

ﺛﺎﻟﺜًﺎ: ﺇﻋﻼﻥ ﺗﻬﻨﺌﺔ ﺍﻟﻜﻔﺎﺭ ﺑﺄﻋﻴﺎﺩﻫﻢ ﻋﺒﺮ ﺍﻟﻔﻀﺎﺋﻴﺎﺕ ﺃﻭ ﺍﻟﺠﺮﺍﺋﺪ ﺃﻭ ﺍﻟﻤﺠﻼﺕ ﺃﻭ ﻣﻮﺍﻗﻊ ﺍﻟﺸﺒﻜﺔ ﺍﻟﻌﻨﻜﺒﻮﺗﻴﺔ ﺍﻹﻧﺘﺮﻧﺖ، ﻛﻤﺎ ﻳﻔﻌﻠﻪ ﺑﻌﺾ ﺍﻹﻋﻼﻣﻴﻴﻦ ﺃﻭ ﺍﻟﻤﺴﺌﻮﻟﻴﻦ ﺃﻭ ﺍﻟﺘﺠﺎﺭ ﺃﻭ ﺍﻟﻮﺟﻬﺎﺀ ﺃﻭ ﺍﻟﺪﻛﺎﺗﺮﺓ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﻠﻮﻡ ﺍﻟﻤﺨﺘﻠﻔﺔ ﺃﻭ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﺍﻟﻤﻮﺍﻗﻊ ﺍﻹﻟﻜﺘﺮﻭﻧﻴﺔ.

ﺭﺍﺑﻌًﺎ: ﺗﺄﺟﻴﺮ ﺍﻷﻣﺎﻛﻦ ﻟﻬﻢ ﻛﺼﺎﻻﺕ ﺍﻟﺰﻭﺍﺝ ﻭﺍﻻﺳﺘﺮﺍﺣﺎﺕ ﻭﺑﺎﺣﺎﺕ ﺍﻟﻔﻨﺎﺩﻕ ﻭﺍﻟﺨﻴﺎﻡ ﻭﻣﺎ ﺷﺎﺑﻬﻬﺎ، ﻟﻴﻘﻴﻤﻮﺍ ﻓﻴﻬﺎ ﺃﻋﻴﺎﺩﻫﻢ ﺍﻟﺪﻳﻨﻴﺔ ﻭﻳﺤﺘﻔﻠﻮﺍ، ﻭﺣُﺮِّﻡ ﻫﺬﺍ ﻷﻧﻪ ﻳﻌﻴﻨﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﻓﻌﻞ ﻣﺎ ﺣﺮﻡ ﺍﻟﻠﻪ، ﻭﻗﺪ ﻧﻬﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻦ ﺫﻟﻚ ﺑﻘﻮﻝ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ: {ﻭَﻟَﺎ ﺗَﻌَﺎﻭَﻧُﻮﺍ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﺈِﺛْﻢِ ﻭَﺍﻟْﻌُﺪْﻭَﺍﻥِ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠﻪ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠﻪ ﺷَﺪِﻳﺪُ ﺍﻟْﻌِﻘَﺎﺏِ}

📚 Sumber || http://www.alakhdr.com/?p=692

🌏 Kunjungi || http://forumsalafy.net/kemunkaran-kemunkaran-yang-di-lakukan-sebagian-umat-islam-di-hari-raya-agama-lain/

⚪ WhatsApp Salafy Indonesia

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf