3
May
2017

Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 14)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 14)

📚 Kaedah Keempat (Bahagian 1)

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Kaedah Keempat: Bahawa kaum musyrikin pada zaman kita ini lebih dahsyat dan lebih kental kesyirikkannya daripada kaum musyrikin pada zaman dahulu. Sebab kaum musyrikin terdahulu hanya berbuat syirik ketika dalam keadaan senang dan mengikhlaskan ibadah dikala sempit.(i) Adapun kaum musyrikin pada zaman kita, kesyirikan mereka terus menerus baik ketika dalam keadaan senang mahupun sempit (susah). Dalilnya adalah firman Allah ta’ala:

“Maka apabila mereka naik kapal mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya, maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah).” (Al-‘Ankabut: 65)”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Sebab hal ini sangat jelas, iaitu bahawa Allah jalla wa ‘ala mengkhabarkan bahawa kaum musyrikin zaman terdahulu mengikhlaskan ibadah kepada Allah semata apabila dalam keadaan sempit. Sehingga mereka tidak menyeru kepada selain Allah ta’ala dikeranakan mereka tahu bahawa tidak ada yang mampu mengeluarkan mereka dari kesempitan tersebut kecuali Allah semata, sebagaimana firman Allah ta’ala:

📖 “Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.” (Al-Israa’: 67)

Dan dalam ayat yang lain:

📖 “Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya.” (Luqman: 32)

Dan dalam ayat yang lain:

📖 “Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Allah).” (Al-‘Ankabut: 65).”

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)

Bersambung insyaAllah.

📚 II مجموعة طريق السلف II 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf