18
Jun
2017

Peringatan Penting Bagi Meraih Lailatul Qadar

🌘🌴 Peringatan Penting Bagi Meraih Lailatul Qadar

☝🏼Lailatul Qadar boleh jadi datang pada malam-malam genap yang mana itu adalah malam ganjil jika dilihat dari malam yang tersisa. Oleh kerana itu, seharusnya engkau menghidupkan sepuluh malam seluruhnya dengan sempurna agar engkau dapat meraihnya seizin Allah ta’ala.

❓Dahulu, Syaikhul Islam -semoga Allah meredhainya- pernah ditanya tentang Lailatul Qadar, saat beliau sedang ditahan di sebuah penjara di atas bukit pada tahun 706H, maka beliau menjawab:

✅ “Alhamdulillaah, Lailatul Qadar terletak diantara 10 malam terakhir dari bulan Ramadhan. Demikianlah yang sahih dari Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda:

تحروها في العشر الأواخر

“Ia terletak pada 10 terakhir dari Ramadhan”.

☝🏼Lailatul Qadar datang pada malam ganjilnya. Hanya saja, hitungan ganjilnya malam tersebut boleh jadi diambil berdasarkan:
1⃣ (malam-malam) yang sudah lalu, sehingga kau cari ia di malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
2⃣ Atau, boleh juga dilihat berdasarkan (malam-malam) yang tersisa, sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

لتاسعة تبقى لسابعة تبقى لخامسة تبقى لثالثة تبقى

“Pada malam kesembilan yang tersisa, pada malam ketujuh yang tersisa, pada malam kelima yang tersisa, pada malam ketiga yang tersisa”.

✅ Berdasarkan hal ini, seandainya bulan itu sejumlah 30 hari, bererti Lailatul Qadar ada di antara malam-malam genapnya:

● Malam 22 adalah malam ke-9 dari yang tersisa.
● Malam 24 adalah malam ke-7 dari yang tersisa. Dan demikian seterusnya.

📚Hal ini sebagaimana yang ditafsirkan oleh sahabat Abu Sa’id Al-Khudri dalam hadits yang sahih. Demikianlah pula (amalan) yang ditegakkan oleh Nabi ﷺ di bulan Ramadhan.

☝🏼Adapun seandainya bulan tersebut sejumlah 29 hari, maka pengiraan tarikh berdasarkan hari yang tersisa adalah sama dengan pengiraan tarikh berdasarkan hari yang telah lalu (sama dalam hal ganjil mahupun genapnya, pent.).

❗Jika demikian ini keadaannya, maka yang semestinya bagi seorang mukmin ialah mencari-carinya pada sepuluh hari terakhir seluruhnya, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi ﷺ:

تحروها في العشر الأواخر

“Carilah dia (lailatul qadar) pada sepuluh malam terakhir”….
Wallaahu ta’ala a’lam”.

📚 Majmu Fatawa jilid ke-25, Kitabush Shiyaam, Faedah dari Ustadz Muhammad Higa Sewon Bantul

⚪ WhatsApp Salafy Indonesia

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf