22
Mar
2020

Faedah Besar Dari Doa Keluar Rumah

🍃 Faedah Besar Dari Doa Keluar Rumah

عن أنس بن مالك أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا خرج الرجل من بيته فقال بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله قال يقال حينئذ هديت وكفيت ووقيت فتتنحى له الشياطين فيقول له شيطان آخر كيف لك برجل قد هدي وكفي ووقي

📕 Dari Anas bin Malik bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Jika seseorang keluar dari rumahnya dan membaca doa ini:

بسم الله توكلت على الله لا حول ولا قوة إلا بالله

Dengan nama Allah aku bertawakal padaNya. Tiada daya tiada upaya kecuali hanya dengan (pertolongan) Allah.

Maka dikatakan engkau telah:
• diberi hidayah dan
• dicukupi dan
• dilindungi dan
• syaitan pun menghindar darinya

Lalu mereka (syaitan) katakan sesama mereka, ‘Kalian tidak akan mampu mengganggu hamba ini kerana dia telah diberi hidayah, telah dicukupi dan telah dilindungi’.” (HR Tirmidzi dan beliau hasankan dan Abu Dawud dan ini lafaz beliau dan disahihkan al-Albani 2/121)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf