9
Jan
2026

Ketaatan Kepada Suami Dalam Perkara Yang Ma’ruf

Ketaatan Kepada Suami Dalam Perkara Yang Ma’ruf

• Kewajipan pertama yang harus selalu diingat oleh setiap muslimah adalah ketaatanmu kepada suamimu dalam perkara yang ma’ruf (baik) dan yang tidak bermaksiat kepada Allah. Ketaatan ini memiliki peranan yang sangat besar dalam mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Suami harus merasakan bahawa dirinya ditaati, dihormati, dimuliakan dan berwibawa di hadapan isterinya.

Segala perkara yang dapat merosak dan mengurangi ketaatanmu kepada suamimu, maka wajib dijauhi oleh seorang muslimah. Salah satu hal yang sangat merosak dan mengurangi ketaatanmu kepada suamimu adalah jidalul ‘inad (pertengkaran dan bantah-bantahan), apalagi jika disertai dengan suara keras dan bentak-bentakkan. Perilaku seperti itu jelas bukan dari orang yang taat kepada suaminya.

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (An-Nisa’: 34)

Menurut Ibnu Katsir رحمه الله, kata qawwamun bermakna bahawa suami adalah pemimpin, hakim, pendidik, sekaligus pembesar dalam rumah tangganya, sehingga dialah yang akan meluruskan ketika isterinya bengkok, mulai ada penyimpangan atau melakukan kesalahan. Namanya seorang pembesar, hakim dan pemimpin, bagaimana kamu boleh membentak dirinya. Atau yang dipimpin itu pula mahu bertindak seperti orang yang berkuasa, ini terbalik keadaannya.

Allah سبحانه وتعالى telah memberikan berbagai keutamaan kepada laki-laki yang tidak diberikan kepada wanita, termasuk dalam hal ibadah, seperti Solat Jumaat itu hanya diwajibkan bagi laki-laki, tetapi tidak bagi wanita. Jihad itu hanya diwajibkan bagi laki-laki, tidak bagi wanita. Kewajipan memberi nafkah pun diwajibkan kepada laki-laki, tidak bagi wanita. Oleh kerana itu, Allah سبحانه وتعالى memerintahkan seorang isteri untuk mentaati suaminya yang telah berjuang mencukupi dan menafkahi dirinya.

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf