10
Jan
2026

Ketundukan Kepada Suami

Ketundukan Kepada Suami

• Diriwayatkan bahawa Asma’ bintu Kharijah al-Fazariyyah seorang ibu yang solehah memberikan sebuah wasiat penuh makna kepada anak perempuannya di hari pernikahannya, dia berkata, “Wahai puteriku, engkau akan memasuki sebuah sarang (rumah) yang sebelumnya belum pernah engkau masuki. Selama ini engkau berada di sarang orang tuamu, dan kini engkau akan berpindah ke sarang suamimu. Itu adalah sarang baru bagimu.” Kemudian, ia berpesan:

فَكُونِي ‌لَهُ ‌أَرْضًا يَكُنْ لَكِ سَمَاءً

“Jadilah engkau bumi bagi suamimu, nescaya ia akan menjadi langit bagimu.”

Maksudnya seorang isteri hendaknya menempatkan dirinya dengan penuh ketundukan di hadapan suaminya. Sebagaimana bumi berada di bawah dan langit berada di atas, demikianlah seorang isteri menunjukkan sikap hormat, sopan, dan tunduk kepada suaminya. Dengan demikian, sang suami akan menaungi, melindungi dan mendatangkan kedamaian bagi isterinya.

Asma’ melanjutkan nasihatnya:

كُونِي لَهُ أَمَةً يَكُنْ لَكِ عَبْدًا

“Jadilah engkau seperti seorang hamba bagi suamimu, nescaya ia akan menjadi hamba bagimu.”

Makna dari wasiat ini adalah bahawa seorang isteri hendaknya bersikap penuh ketaatan dan ketundukan kepada suaminya. Dengan ketulusan dan pengabdian itu, seorang isteri akan mendapatkan balasan cinta, kasih sayang, perhatian dan kelembutan dari suaminya.

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf