5
Mar
2026

Sengaja Menunda Bertakbir Bersama Imam & Hanya Mengikuti Imam Ketika Mahu Rukuk

Sengaja Menunda Bertakbir Bersama Imam & Hanya Mengikuti Imam Ketika Mahu Rukuk

Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله

❓Soalan:
“Apakah hukumnya orang yang duduk dalam solat taraweh (menunda bertakbir mengikuti imam), sampai ketika imam hendak rukuk, baru dia berdiri, bertakbir dan rukuk (bersama imam). Sedangkan dia masih belum membaca Al-Fatihah. Adakah sah solat orang seperti ini?”

✅ Jawapan:
“Tidak sah, kerana dia meninggalkan rukun berdiri, sedangkan dia mampu melakukannya. Rukun berdiri hanya gugur untuk orang yang ketinggalan tidak dapat mengikuti imam. Dia datang terlambat dan hanya mendapatkan rukuk (bersama imam), oleh itu dia rukuk bersamanya dan berdiri (bersama imam) itu tidak wajib atas dirinya kerana ianya telah berlalu.

Adapun orang yang duduk dengan sengaja dan tidak berdiri hanya kecuali ketika mahu rukuk, maka yang seperti ini tidak cukup dianggap sebagai (satu) rakaat, kerana dia meninggalkan rukun (berdiri) tanpa alasan.”

Pautan audio rakaman (00:43):
https://drive.google.com/file/d/1UXES9LYzrCSNb6AL4SkXIf2zv4pY-jUS/view?usp=drivesdk

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf