14
Apr
2026

Jadilah Lelaki Sejati Di Rumahmu

Jadilah Lelaki Sejati Di Rumahmu

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin رحمه الله

“Kamu mesti menjadi seorang lelaki sejati di rumahmu, lelaki sejati yang difahami dengan maknanya. Jangan jadi seperti sebatang kayu ketika bersama keluargamu. Jadilah lelaki sejati!

Jika kamu melihat seseorang dalam keluargamu lalai kepada Allah, perintahkan mereka! Dan dalam beberapa kes tertentu, syariat membenarkan kamu memukulnya, maka pukullah (dengan pukulan yang mendidik, bukan sampai mencederakan).

Jika kamu melihat bahawa mereka melanggar perintah hukum Allah, arahkan mereka agar mematuhinya. Kerana kamu bertanggungjawab untuk itu.

Nabi ﷺ memberi kamu kepimpinan atas keluargamu:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ

“Dan seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dia pimpin.” (HR Muslim)

Kamu tidak dilantik menjadi pemimpin oleh orang biasa, bukan pula oleh seorang ketua, menteri atau raja, kamu dilantik oleh Muhammad Rasulullah ﷺ.

Kamu adalah penjaga rumah tanggamu. Seorang lelaki adalah pemimpin di rumahnya dan dia bertanggungjawab terhadap yang dia pimpin.

Dan dia (Nabi) tidak hanya berkata “pemimpin” kemudian diam berhenti di situ, (seandainya baginda berhenti di situ nescaya akan ringan dan mudah masalahnya) akan tetapi baginda berkata, “dan dia bertanggungjawab terhadap yang dia pimpin”. Maka renungkanlah, apakah jawapan kamu apabila kamu menghadap Allah pada hari kiamat nanti?”

Pautan audio rakaman (00:58):
https://drive.google.com/file/d/1jYDm9Aibr6cRrtQbd2_X4kLz5_BxzN0I/view?usp=drivesdk

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf