Pendusta Itu Lebih Buruk Dari Ahlul Bid’ah
Pendusta Itu Lebih Buruk Dari Ahlul Bid’ah
Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali رحمه الله
Berdusta itu lebih buruk daripada bid’ah wahai ikhwan. pendusta itu lebih buruk bagi Ahlus Sunnah daripada seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah). (Kerana) seorang mubtadi’ boleh diriwayatkan (ilmu) daripadanya. Qadariyah diriwayatkan daripadanya. Murji’ah diriwayatkan daripadanya dan selain daripada mereka dari kalangan kelompok Ahlul Bid’ah. Selagi bid’ah mereka tidak terkeluar dari lingkaran Islam dan selama mereka tidak dikenali berdusta.
Seandainya seorang Ahlus Sunnah menyeru kepada Sunnah namun dia berdusta, maka dia lebih rendah dari seorang mubtadi’.
Itulah sebabnya -barakallahufeekum- Ibnu Adi (al-Jurjani رحمه الله) di dalam kitabnya Al-Kamil (fii Dhu’afa’ ar-Rijal) mengumpulkan kira-kira 29 bab tentang pendusta dan hanya satu bab untuk Ahlul Bid’ah.
Ahlul Sunnah menerima periwayatan dari Ahlul Bid’ah yang jujur, kecuali para da’i ini, kecuali para da’i ini, iaini orang-orang yang menyeru kepada bid’ahnya mereka.
Pautan audio rakaman (00:43):
https://drive.google.com/file/d/1yzvL4eOqSL-mlNWx4Hj_WGYnY9IgmK6n/view?usp=drivesdk
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf



