28
Aug
2026

Dua Jenis Isteri

Dua Jenis Isteri

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

فَٱلصَّٰلِحَٰتُ قَٰنِتَٰتٌ حَٰفِظَٰتٞ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَكُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡهِنَّ سَبِيلًاۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيّٗا كَبِيرٗا

“Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak mencederakan, hanya sebagai bentuk nasihat). Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (An-Nisa: 34)

• Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, “Allah membahagi wanita itu menjadi dua jenis:

1. Para isteri yang solehah, iaitu yang menunaikan hak Allah dan hak suaminya dengan baik, serta dia jaga rahsia rumah tangganya, dia jaga kehormatan suaminya, tidak banyak mengeluh. Kalaupun ada masalah, dia tetap katakan, “Alhamdulillah kami baik-baik saja”.

2. Lawan dari yang pertama yang kamu khawatirkan nusyuznya, iaitu melonjak (memberontak) dengan tidak menunaikan hak suaminya atau menunaikan tetapi dengan tidak senang hati. Dia tunaikan dengan menunjukkan kalau dia kesal (berkhidmat kepada suaminya sambil menampakkan muka masam dan sikap acuh tidak acuh).”

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf