16
Sep
2026

Penyasaran Mekah Oleh Syiah Houthi Dengan Peluru Berpandu Balistik Hanyalah Kelanjutan Dari Aksi Pendahulu Mereka Qaramithah Bathiniah

Penyasaran Mekah Oleh Syiah Houthi Dengan Peluru Berpandu Balistik Hanyalah Kelanjutan Dari Aksi Pendahulu Mereka Qaramithah Bathiniah

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, serta selawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah, keluarga, Sahabat dan siapa saja yang mengikuti petunjuknya.

Amma ba’du, sungguh kaum muslimin telah mengetahui berbagai kesesatan besar di kalangan Syiah Rafidhah yang tidak terhitung jumlahnya.

Di antaranya adalah pengkafiran mereka terhadap para Sahabat -رضي الله عنهم- serta kaum muslimin dan sikap berlebih-lebihan (ghuluw) mereka terhadap Ahlul Bayt yang mulia -semoga Allah membebaskan Ahlul Bayt dari Rafidhah dan sikap ghuluw mereka-.

Di antara bentuk ghuluw tersebut adalah perkataan mereka mengenai para imam, bahawa para imam mengetahui hal yang ghaib dan mengatur setiap dzarah (butiran) di alam semesta ini! Lantas apa yang disisakan oleh Rafidhah bagi Allah di alam semesta ini?! Betapa banyaknya kekufuran yang mereka miliki dalam permasalahan ini!

Pada hari-hari yang genting ini, ketika Rafidhah mengobarkan perang yang menghancurkan di negeri-negeri kaum muslimin seperti Yaman dan Syam (Syria), mereka menghalalkan darah ratusan ribu kaum muslimin dan merosak anak-anak mereka dengan mengubahnya menjadi Rafidhah yang mengikuti dalam akidah kufur serta menumpahkan darah keluarga mereka sendiri.

Tidak berhenti pada kejahatan-kejahatan ini, kedengkian mereka yang terpendam mendorong mereka untuk mengarahkan peluru berpandu balistik ke Mekah Al-Mukarramah sebagai bentuk pelanggaran terhadap kesuciannya di sisi Allah, yang tidak mereka imani dan tidak mereka hargai.

Allah Ta’ala berfirman tentang perbuatan seperti ini:

وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

“Dan sesiapa yang bermaksud melakukan kejahatan atau kezaliman di dalamnya (Mekah), nescaya Kami akan rasakan kepadanya sebahagian daripada azab yang pedih.” (Al-Hajj: 25).

Pendahulu mereka dari kalangan Qaramithah telah mendahului mereka dalam penyimpangan semacam ini. Mereka membunuh ratusan jamaah haji di Tanah Haram dan Baitullah, lalu mengambil Hajar Aswad dan menempatkannya di “Ka’bah” buatan mereka di negeri penyimpangan mereka, Hajar (Al-Ahsa).

Maka aksi dari Houthi Rafidhah ini tidak lain adalah pembaharuan dan perwujudan dari apa yang dipendam dan diimpikan oleh para pendahulu serta pimpinan mereka, kaum Qaramithah.

Husain al-Musawi berkata dalam kitabnya Lillahi Tsumma Lil Tariykh (hal. 91-92) -ketika menceritakan kunjungannya kepada Khomeini-, “Dalam sebuah majlis khusus bersama Imam, beliau berkata kepadaku, “Wahai Sayyid Husain, telah tiba saatnya untuk menjalankan wasiat para imam shalawatullah ‘alaihim. Kita akan menumpahkan darah kaum Nawashib (menurut pandangan Rafidhah, Nawashib itu adalah Ahlus Sunnah, pen.), membunuh anak-anak mereka dan membiarkan wanita-wanita mereka hidup. Kita tidak akan membiarkan seorang pun lolos dari hukuman, harta mereka akan menjadi milik murni para pembela Ahlul Bayt dan kita akan menghapus Mekah dan Madinah dari muka bumi, kerana kedua-dua kota tersebut telah menjadi benteng kaum Wahabi. Karbala -tanah Allah yang diberkahi dan disucikan- harus menjadi kiblat manusia dalam solat. Dengan itu kita mewujudkan impian para imam ‘alaihimus salam. Negara kita yang kita perjuangkan bertahun-tahun telah berdiri dan tidak ada yang tersisa selain pelaksanaan”.”

Saya (Rabi’ al-Madkhali) katakan, tidak menutup kemungkinan bahawa kelompok Houthi bergerak dalam fitnah besar mereka di Yaman serta penyerangan terhadap Mekah dan Arab Saudi berlandaskan mazhab buruk yang dinisbahkan oleh Khomeini sang Rafidhah kepada Ahlul Bayt -semoga Allah membebaskan dan mensucikan Ahlul Bayt darinya-. Gerakan Houthi ini bertujuan mewujudkan impian Bathiniah yang berhasrat untuk menghancurkan Mekah dan Madinah, serta memindahkan kiblat ke Karbala yang merupakan berhala, yang disifati secara dusta dan keji oleh Khomeini sebagai tanah suci, sementara jiwa Bathiniahnya tidak mengizinkan dirinya untuk menyematkan sifat “suci” tersebut kepada Mekah dan Madinah.

Semoga Allah menggagalkan harapan-harapan Rafidhah yang zindiq, melindungi tanah Haramain dari kejahatan mereka, memenangkan Islam dan kaum muslimin atas mereka, serta menghancurkan negara mereka sebagaimana Allah telah menghancurkan negara pendahulu mereka, Qaramithah Bathiniah.

Sesungguhnya Dia Maha Mendengar doa.

Ditulis oleh:
Rabi’ bin Hadi ‘Umair Al-Madkhali

30 Muharram 1438H / 31 Oktober 2016M

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf