16
Sep
2026

Syiah Houthi Mengikuti Pendahulu Mereka Abraha Dengan Menyerang Mekah

Syiah Houthi Mengikuti Pendahulu Mereka Abraha Dengan Menyerang Mekah

Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله

“(Syiah) Houthi yang melepaskan roket peluru berpandu ke arah wilayah Mekah berada di atas warisan ini, iaitu warisan para penguasa yang sombong dan zalim. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa memelihara RumahNya.

Sesungguhnya mereka hanyalah memudaratkan diri mereka sendiri dan membuka pekung (keaiban) diri mereka sendiri.

Mereka mengaku beragama Islam, tetapi Allah telah membongkar kejahatan mereka menerusi jenayah keji ini, yang mana pendahulu (jejak langkah) mereka ialah Abraha al-Habashi yang jahat. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membongkar kejahatan mereka dan membatalkan dakwaan keislaman mereka.

Rumah ini berada di bawah pemeliharaan dan penjagaan Allah kerana ia adalah Rumah Allah. Oleh sebab itu ia dinamakan Al-‘Atiq (yang dibebaskan), kerana Allah membebaskannya daripada pencerobohan para penguasa zalim yang berniat jahat terhadapnya.

Sebagaimana pepatah menyatakan, sejarah berulang kembali. Mereka ini telah mengulangi sejarah Abraha al-Habashi apabila mereka melepaskan roket ini. Mereka mengulangi sejarah Abraha, lalu menimpa ke atas mereka apa yang telah menimpa Abraha. Allah menggagalkan tipu daya mereka dalam kesesatan, memelihara RumahNya yang ‘Atiq dan memalu serta membongkar kejahatan mereka, Subhanahu wa Ta’ala.”

Pautan audio rakaman (01:31):
https://drive.google.com/file/d/1Jur-TWtkjRwd0qsdXcxHMAgh3sa0Ng5v/view?usp=drivesdk

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
https://www.tiktok.com/@majmuah.thoriqussalaf