Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 59)
Silsilah Ambillah Aqidahmu Berdasarkan Al-Qur’an & As-Sunnah (Bahagian 59)
Bab: Sunnah & Bid’ah
❓Soalan 4️⃣:
Bilakah kaum muslimin akan berjaya?
✅ Jawab:
Kaum muslimin akan berjaya apabila mereka mahu kembali mengamalkan Kitab Rabb mereka dan Sunnah Nabi mereka. Juga dengan menebarkan tauhid, memperingatkan dari kesyirikan dalam berbagai bentuk modelnya, serta mempersiapkan bekal sekuat kemampuannya untuk melawan musuh-musuh mereka.
Dalil dari Al-Qur’an:
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)
Allah ﷻ berfirman (ertinya), “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka. Dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku.” (An-Nur: 55)
(Faedah dari Kitab Khudz Aqidataka minal Kitabi was Sunnah, karya asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’)
Bersambung insyaAllah.
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf