19
Feb
2016

Beriman Kepada Allah (Bahagian 2)

☝🏼️☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼
BERIMAN KEPADA ALLAH (2️⃣)

➖ Beriman kepada Allah mengandungi ➍ unsur.

➀. Beriman dengan keberadaan Allah,
➁. Beriman dengan rububiyyah Allah,
➂. Beriman dengan uluhiyyah Allah,
➃. Beriman dengan asma’ (nama-nama) dan sifat-sifat Allah ﷻ .
_____________________________

📌 ➀. Beriman dengan keberadaan Allah.
➖ Keberadaan Allah telah ditunjukkan dan dibuktikan dengan berbagai dalil baik secara
• Fitrah,
• Akal,
• Syar’i,
• Panca indera.

Pada asalnya setiap insan memiliki fitrah tentang keyakinan kepada sang pencipta tanpa harus berfikir atau belajar. Tidak akan menyimpang dari fitrahnya ini kecuali orang-orang yang memang di dalam hatinya memiliki sesuatu yang menyimpangkannya.

💎 Rasulullah ﷺ bersabda :
❝Seseorang tidaklah dilahirkan kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.❞
📂 (ʜʀ. ᴀʟ ʙᴜᴋʜᴀʀɪ)

Dari sisi akal bahawa seluruh makhluk yang ada pasti ada yang menciptakan dan mengadakannya. Tidak mungkin mereka menciptakan dirinya sendiri kerana sebelumnya mereka tidak ada dan tidak mungkin pula tercipta secara kebetulan dan tiba-tiba.
Sesuatu yang tercipta dan tersusun rapi sangat mustahil apabila terjadi secara kebetulan kerana sesuatu yang timbul secara spontan pada awalnya pasti tidak teratur.

Dari sisi syar’i bahawa seluruh kitab suci yang diturunkan serta hukum-hukum dan khabar-khabar yang terdapat dalam kitab-kitab tersebut menunjukkan akan keberadaan Allah ﷻ dan memang datang dari sisi Rabb yang Maha Kuasa.

Adapun dari sisi panca indera bahawa terkabulkannya doa dan permintaan seseorang yang dipanjatkan inipun menjadi bukti nyata akan adanya Allah ﷻ.

☝🏼️ Demikian pula mukjizat yang dimiliki oleh para nabi dan rasul yang dilihat atau didengar oleh manusia juga sebagai dan dalil yang terang akan adanya Dzat yang mengutus mereka, kerana semua perkara yang terjadi dari mukjizat tersebut berada di luar jangkauan manusia.

Maka point pertama ini sebagai bantahan kepada mereka yang tidak meyakini keberadaan Allah ﷻ, seperti orang-orang komunis dan semisalnya.

📮(bersambung, إن شــاء الله )

📝 Disalin dari Buletin Saku Al-Ilmu, Edisi 15/1435H/2014M

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

☝🏼️☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼☁️☝🏼