28
Mar
2016

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 1)

🔗 Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 1)

Bab 1⃣: Berpegang Teguh Dengan Al-Qur’an & As-Sunnah, Mengikuti Atsar Salafusoleh & Menjauhi Bid’ah

📖 Allah ﷻ berfirman, “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-An’am: 153)

📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah kamu terhadap perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah sesat.” (HR Ahmad 4/126, Tirmidzi 2676, al-Hakim 1/96, al-Baghawi 1/205 no. 102)

🗞 (Sahabat) Ibnu Mas’ud رضي الله عنه berkata, “Ikutilah dan jangan melakukan bid’ah! Sebab sesungguhnya itu telah cukup bagi kamu. Dan (ketahuilah) bahawa setiap bid’ah adalah sesat.” (Ibnu Nashr 28 & Ibnu Wudhdhah 17)

📜 (Tabi’in) Umar Abdul Aziz رحمه الله dalam risalahnya untuk salah seorang pegawainya mengatakan, “Saya wasiatkan kepadamu, bertakwalah kepada Allah dan sederhanalah dalam (menjalankan) perintahNya dan ikutilah sunnah NabiNya dan tinggalkanlah apa yang diada-adakan ahli bid’ah terhadap sunnah yang telah berlalu dan tidak mendukungnya, tetaplah kamu berpegang dengan sunnah kerana sesungguhnya ia telah diajarkan oleh orang yang tahu bahawa perkara yang menyelisihinya adalah kesalahan atau kekeliruan, kebodohan dan keterlaluan. Maka redhailah untuk dirimu apa yang diredhai oleh kaum itu (Sahabat Nabi) untuk diri mereka sebab mereka sesungguhnya berhenti dengan ilmu dan menahan diri dengan basirah yang tajam dan mereka dalam menyingkap hakikat segala perkara lebih kuat (mampu) apabila di dalamnya ada balasan yang baik. Jika kamu mengucapkan bahawa ada suatu perkara yang terjadi sesudah mereka, maka ketahuilah tidak ada yang mengada-adakan sesuatu sesudah mereka melainkan orang-orang yang mengikuti “sunnah” (tauladan) yang bukan sunnah mereka (sahabat) dan menganggap dirinya tidak memerlukan mereka. Padahal para sahabat itu adalah pendahulu bagi mereka. Mereka telah berbicara mengenai agama ini dengan apa yang mencukupi dan mereka telah jelaskan segala sesuatu dengan penjelasan yang menyembuhkan, maka siapa yang lebih rendah dari itu bererti kurang dan sebaliknya siapa yang melampaui mereka bererti memberatkan. Maka sebahagian manusia ada yang telah mengurangi hingga mereka kaku, dan ada yang berlebihan hingga mereka ghuluw (ekstrim). Sedangkan para sahabat itu berada di antara keduanya iaitu di atas petunjuk yang lurus.” (Asy-Syari’ah 212)

📃 (Tabi’ut Tabi’in) Al-Auza’i رحمه الله berkata, “Berpeganglah dengan atsar Salafusoleh, meskipun seluruh manusia menolakmu, dan jauhilah pendapatnya orang-orang (yang menyelesihi mereka), meskipun mereka menghiasi perkataannya terhadapmu.” (Asy-Syari’ah 63)

📂 (Faedah dari Kitab لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة, karya Syaikh Jamal Farihan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf