6
Jun
2016

Kepentingan Akhirat Berbanding Kenikmatan Dunia

🌏🌷 Kepentingan Akhirat Berbanding Kenikmatan Dunia

☝🏼Berkata Abu Turob al-Maroghi, “Demi Allah duduk sesaat di masjid ini dalam keadaan hati tenang lebih aku senangi daripada menguasai Kufah dan Basrah.

🖊 Dan mengajarkan satu masalah ilmu kepada seorang penuntut ilmu lebih aku senangi daripada aku menjadi raja pemimpin jin dan manusia.

📝 Dalam riwayat lain beliau katakan, “Dan mengajarkan satu masalah ilmu kepada seorang penuntut ilmu lebih aku senangi daripada segala yang ada di muka bumi ini, demi Allah tidak akan bahagia hati orang yang bergantung pada dunia dan ahlud dunia.

📚 Dan ilmu sebagai petunjuk, maka barang siapa yang ilmunya tidak menunjukkan padanya untuk zuhud dari dunia dan ahlud dunia maka dia tidak mendapat ilmu yang berguna walaupun dia kuasai banyak ilmu kerana itu hanyalah ilmu yang zahir, adapun ilmu yang bermanfaat diatas itu.

👍🏼 Demi Allah jika dipotong tanganku dan kakiku dan dicungkil mataku itu lebih aku cintai daripada kekuasaan yang menghalangi aku dari Allah dan akhirat, dan menghalangi aku dari segala sebab kebahagian kaum muttaqin dan kemenangan kaum mukminin.” (Bidayah wa Nihayah 12/157, al-Muntadzom 17/51, Tarikh Islam 10/721, Siyar 14/184)

📂 (Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf